Ibarat baja, kehidupan dalam berumah tangga perlu sentiasa ‘dibajai’ dengan kasih sayang dan cinta yang sentiasa menghijau. Kita tidak mahulah hanya pada peringkat awal perkahwinan sahaja kasih sayang antara suami isteri menggebu-gebu.
Sepatutnya makin bertambah usia perkahwinan, makin bertambah kasih sayang antara suami isteri. Namun rasa ‘hangatnya’ cinta dan kasih sayang antara suami isteri bukan hanya datang dengan sendiri sahaja sebaliknya ia perlu ada usaha kedua-dua belah pihak.
Berikut perkongsian Khairi Hakim & Nurul Syazwani tentang betapa tip mencipta bahagia agar terus berpanjangan. Moga menjadi panduan bersama.
BUAT KEJUTAN SIMPLE
JANGAN MERAJUK LAMA-LAMA
RANCANG PERCUTIAN TAHUNAN BERSAMA
TERIMALAH SI DIA SEADANYA
Sumber: Twitter Khairi Hakim & Nurul Syazwani Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu
Nampaknya keluarga Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Tahun 2022, ahli akademik dan personaliti dakwah ini telah mempunyai dua orang menantu dalam keluarga bahagianya.
Anak lelaki Ustazah Norhafizah iaitu Asyraf Murtadha selamat bergelar suami kepada Aisyah Zafirah selepas melalui alam pertunangan kira-kira lima bulan lamanya. Manakala kakak kepada Asyraf, Nur Nadratun Naeemah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal September 2020 yang lalu.
Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian Pesona Pengantin memandangkan majlis yang dilangsungkan oleh disambut dalam suasana sederhana namun meriah walau pandemik Covid-19 masih belum menemui noktahnya. Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, majlis meraikan raja sehari dihadiri tetamu dalam jumlah yang terhad. Malah, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ramai memuji penampilan menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa , Aisyah Zafirah. Memiliki raut wajah jelita dan redup, penampilan Aisyah yang sopan tatkala dalam persalinan akad nikah melambangkan ciri muslimah yang menjadikan majlis akad nikah sebagai satu momen indah yang mencipta memori istimewa. Malah, penampilan sama cantik sama padan pengantin lelaki juga turut menyerlah di majlis akad nikah pasangan ini.
Pasangan ini selamat dinikahkan pada 2 Februari lalu. Manakala majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu telah berlangsung pada 5 Februari lalu bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya.
Kongsi Ustazah,
“Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah. Titipan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.
Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana. Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”
Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Beri Hadiah Anak Keldai Pada Isteri Semasa Majlis Kahwin, Memang Rare Sangat!
Seorang YouTuber Pakistan telah menarik perhatian warga maya apabila dia menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.
Azlan Shah dari Karachi telah menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai. Atas alasan itu dia telah menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.
Video acara tersebut disiarkan di laman Instagram Azlan dan telah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.
Dalam video itu, Azlan menyatakan “Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang.”
Sementara itu, isterinya berkata “Saya tidak akan membiarkan awak kekal sebagai seekor keldai.” katanya.
Manakala Azlan membalas, “Saya sayang haiwan dan pemberian ini sebagai tanda sayang kepada Warisha,” jelasnya.
Video tersebut menjadi tular di media sosial. Warga maya memberi tindak balas positif kepada pasangan itu.
PESONA PENGANTIN: Kalau ada yang nak beri hadiah lain daripada yang lain, mungkin boleh tiru idea pengantin baharu dari Karachi ini.
Sumber: Instagram Azlan Shah Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Adam Corrie Tegur Berat Isteri, “Sayang Kurus Atau Gemuk, Abah Tetap Sayang.. Tapi Kalau Sayang Boleh Kurus.. Sayang Sihat”
Kaum wanita bila ditegur bab berat badan, memang akan mengundang rasa tidak puas hati. Rasa kecil hati dan ‘marah’ itu akan berlebih-lebih lagi apabila yang menegur itu merupakan orang yang paling rapat dengan mereka seperti suami, ahli keluarga dan juga rakan rapat.
Jika para suami ingin menegur berat badan isteri, anda boleh cuba cara seperti yang dipraktikan oleh Adam Corrie ini. Cara teguran yang dibuat oleh Adam kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad, sangat bersahaja.
Berikut perkongsian suri hati Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad seperti yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Mak ni tak pandai nak posing-posing maklumlah dah umur meningkat ni, yang ambil gambar ni .. cik suami… dia kata cepat posing.
Sempena hari wanita dia kata..Fateh & abah abah .. kalau mak ni pakai cantik je
Terus dorang puji.. tambah-tambah fateh..
Dia mesti suruh mak pakai lipstick , kasut tinggi, baju cantik-cantik kalau nak keluar. Kalau tak cantik., selambe je kata mak tak cantik.. mak gemuk ..
Cik suami pon sama.. dia kalau boleh nak pakai warna sedondon. Dia memang bagitau saya, dia suka saya pakai warna apa, tudung kena labuh tutup dada, baju labuh .. jangan singkat..
Kalau saya berisi dia siap ingatkan.. “sayang dah berisi.. kena workout ni”
Dia akan bagi semangat untuk saya kuruskan badan..
“sayang kurus ke, gemuk ke.. abah tetap sayang.. tapi kalau sayang boleh kurus.. sayang sihat.”
Sebenarnya, apabila suami hendak membuat teguran tentang sesuatu perkara melibatkan isteri, perlu ada caranya, bukan ‘main lepas’ sahaja. Dengan cara itu, tidaklah nanti yang ditegur berasa kecil hati. Se,moga bermanfaat.
Sumber: Instagram Puan Fazi Fuad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI