Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri.
Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
Sunway Lagoon
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan. Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!
Ads
Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
Ads
Waterworld @ I-City
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
Wet World Water Parks Shah Alam
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Ads
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah yang sudah didiami atau rumah second hand ni tak ramai yang nak beli. Mana yang tahu kebaikan dan keuntungan membeli rumah second hand je yang boleh menilai kewangan yang kukuh. Dr Azizul Azli Ahamd sendiri menyarankan untuk kita membeli kediaman second hand ni pada waktu sekarang.
RUMAH TERPAKAI MAKIN MURAH.
Selain membeli hartanah dari pasaran pasaran baru dan lelong.
Rumah terpakai atau subsale juga semakin menarik.
Kawasan luar dari Johor, Penang dan Selangor, masih banyak kediaman teres bawah harga RM200K sahaja.
Zaman susah ini, ramai juga penjual ‘terdesak’ yang tersalah beli dulu,
kini masanya mereka nak menjual pada nilai yang kita mungkin mampu.
Menariknya nilai pasaran subsale ini biasanya dibawah 20%-30% dari jenis kediaman baru.
Kebanyakkan kawasan kediaman jenis ini telah matang atau separa matang.
Saya pernah dapat membeli dari pemilik asal pada nilai 45% bawah harga pasaran tahun lepas.
Saya sertakan panduan beli rumah ‘terpakai’ ini buat kengkawan.
Pilih dulu rumah yang anda berkenan nak beli, banyak website hartanah sediakan senarai.
2 . Bila dan jumpa rumah yang suka, boleh tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Letter of Offer .
Ejen hartanah akan bantu anda. Pastikan ejen tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).
3. Bayar booking fee antara 2-3% awal-awal, dan minta lanjutkan tempoh siapkan SPA .
Jangan bayar tunai sebaiknya, sediakan bank draft atau bayar kepada syarikat ejen hartanah atau peguam sahaja.
Jika ejen mintak bayar secara tunai, lari jauh jauh ejen begini.
4. Dapatkan bukti pemilikan daripada owner asal. Pastikan pemilik rumah asal (penjual) tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer, dan pastikan kita (atau ejen) dapat salinan SPA pembelian tu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.
5. Buat permohonan pembiyaan dekat bank . Gunakan LOA tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk pembelian rumah.
Sebaiknya kita boleh lebih dari 1 bank, paling bagus 3 bank kita mohon. Siapa beri tawaran baik kita terima.
6. Lantik peguam yang biasa kendalikan proses dan SPA (Sales and Purchase Agreement).
7. Tandatangan SPA selepas kita dapat loan sahaja, jangan tandatangan perjanjian kosong seperti amalan rumah baru beli dari pemaju.
8. Bayar baki 7% dari jumlah deposit tadi 3%. Jika tak, anda tak boleh tandatangan SPA.
Jumlah ini kita perlu cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA.
9. Dua minggu sekali boleh hubungi peguam untuk tanyakan proses kediaman kita ditahap mana.
Proses semua ini hingga selesai pindah milik biasanya sehingga 6 bulan (Malaysia sahaja yang lama, negara lain dah cepat tak sampai sebulan pun ada).
10. Jika ada apa apa kecatatan atau persetujuan bersama antara pembeli dan penjual untuk baiki kerosakan kediaman sebelum jual.
Mohon masukkan dalam perjanjian.
Pembeli ada hak untuk mintak pemilik asal baiki kerosakkan atau diberi diskaun dari harga asal kediaman.
Pastikan kediaman dibaik pulih sebelum kita bersetuju menerima.
Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya.
Masa ini kita dah boleh dapatkan kunci kediaman, semak semua anak kunci. Jika perlu tukar kunci baru lebih baik dan selamat.
Bila dah berkeluarga, kitamesti nakkan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Rumah yang selesa adalah salah satu daripadanya. Dengan tip yang diberikan, bolehlah anda berfikir kali kedua untuk memiliki sebuah rumah second hand dengan harga mampu milik.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai kaum lelaki mengadu tak pandai masak. Tapi rasanya mereka bukan tak pandai masak cuma kurang bakat sebab tak selalu masuk dapur. Macam orang perempuan juga, skil kalau tak diasah, tak menjadi juga betul tak?
Bila duduk di rumah, macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Baik isteri atau suami, masing-masing boleh ambil masa untuk belajar memasak. Tak perlu yang complicated pun asalkan sedap dimakan.
Nak tahu rahsia memasak paling senang? Cuma KERAJINAN, KASIH SAYANG dan KEIKHLASAN. Masak with love gitu!
Di sini ada perkongsian menu paling mudah dan sedap untuk anda nikmati bersama yang tersayang. Cik abang pun boleh masakkan untuk isteri. Untuk pasangan yang sudah mempunyai anak, boleh makan untuk satu keluarga! Terima kasih Puan Zana Mokhtar di atas resipi ringkas ni.
Bijak kemas kain baju, rumah akan nampak bersih senang nak cari pakaian setiap kali nak pakai. Nak-nak kalau anda baru berumah tangga, mestilah rasa kurang cekap nak atasi bab menyimpan dan menyusun.
Sampai satu tahap, almari menjadi penuh dengan pakaian, sekali gus membuatkan si pemilik rimas untuk menguruskannya.
Menurut Hani Mynis menerusi perkongsiannya, anda sepatutnya membuat spring cleaning pakaian yang dimiliki secara berkala.
Jom semak tujuh tip pengurusan pakaian:
1. Spring cleaning
Kena buat spring cleaning baju yang banyak, sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju. Baju yang dah tak muat boleh diberi kepada orang, baju yang koyak boleh dibuang. Begitu juga dengan tuala serta cadar yang kotor, ia juga perlu dibuang.
2. Satu masuk, satu keluar
Gunakan ‘rule’ ini, satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baharu masuk, jangan beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, inilah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, bolehlah dijual atau diberi orang.
3. Penyangkut baju
Gunakan penyangkut baju yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
4. Gosok awal
Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
5. Tuala
Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kami tak ada dryer. Sediakan dua tuala untuk tetamu.
6. Cadar/sarung bantal
Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Ini akan memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.
7. Lebihan pakaian
Mana-mana pakaian yang lebih, yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.
Jadi, tak ada lah masalah kain baju yang tak kemas dan susah nak cari bila anda guna tip ini. Nanti cuba, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!