Membawa pasangan untuk menikmati makanan yang disukainya boleh menambat rasa kasih sayang anda padanya. Ini menunjukkan betapa anda ambil berat akan kesukaannya. Bila tahu pasangan anda menyukai sesuatu makanan cuba buat kejutan sesekali padanya mungkin di hari lahirnya nanti.
Jika sidia peminat tegar nasi daun pisang dan mahu menikmatinya pada dalam suasana yang serba selesa, bawa sidia menikmatinya di restoran Chennai@Pacific yang terletak di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Restoran ini menawarkan rasa masakan tradisional India Selatan yang lazat yang disediakan oleh Executive Chef Steven G bersama team. Terdapat beberapa hidangan unik yang turut ditawarkan di sini.
Chennai@Pacific menawarkan hidangan daun pisang bersama empat pilihan kuah iaitu ikan, ayam, dhalca dan kari sayur. Hidangan ini dilengkapi dengan kobis goreng, kacang panjang, timun dan lobak merah.
Set hidangan terdiri daripada nasi kukus bersama rasam, tairu, poppadum dan jeruk limau. Pengunjung boleh memilih hidangan sampingan mengikut kesukaan mereka seperti ayam lada atau ayam varuvel, kambing pratel atau kambing varuvel, kari kepala ikan atau ikan tenggiri goreng, udang masala atau sambal sotong dan seleksi tambahan seperti tauhu sambal.
Pengunjung juga boleh memesan hidangan pencuci mulut seperti ‘payasam’, puding nasi resipi khas dari India. Boleh juga mencuba ‘laddu’ makanan India yang manis yang sukar anda tolak. Ia campuran tepung, gula dan shortening dan berbentuk bulat seperti bola pingpong. ‘Julab jamun’ juga sangat unik kerana makanan pencuci mulut yang klasik di kalangan masyarakat India.
Andai mahu ke sini, Chennai@Pacific dibuka dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang dan anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi +603-40424341/4352.