
Tak perlu campuran tepung, garam dan perasa. Hanya goreng kosong tapi confirm bertambah.
Empunya resepi turut berkongsi tips supaya rendam terlebih dahulu bawang dengan air bagi mengelakkan mata pedih sewaktu mengupas kulitnya.
Dan jika tidak mahu mata pedih sewaktu menghiris bawang, simpan bawang yang telah dikupas di dalam peti ais.
.
.
Cara:
1.Goreng bawang seperti biasa menggunakan minyak yang banyak dan api panas.
2.Apabila bawang mula garing dan agak keperangan, terus angkat. Jangan tunggu sehingga bawang bertukar warna gelap, nanti rasanya hangus dan pahit.
3.Tunggu bawang betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas. Jangan tutup bekas semasa bawang masih panas, wap akan menyebabkan bawang lembab dan tidak crispy.
.
Foto : Instagram emymellisa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikat Perut Suami Dengan Aneka Resepi Ayam Pedas

Sepanjang tempoh ini, kita perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan menu untuk pasangan juga keluarga. Jika anda sudah bosan dengan menu ayam goreng, apa kata cuba pelbagaikan menu berasaskan ayam. Ini pasti membuatkan pasangan lebih sayang kepada anda, selamat mencuba!
Ayam Goreng Madu

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
kicap manis
2 sudu besar madu
Bahan kisar:
2 cm kunyit
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 btg serai
Cara-caranya :
1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam. ( Terbaik jika dibiarkan ayam diperap semalaman. )
2. Goreng sehingga ayammasak/keperangan.
3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.
RESEPI AYAM BLACK PEPPER
.
Bahan-bahannya :
.
5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi – jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
.
Bahan-bahan perap :
.
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
.
.
Cara-caranya :
.
1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
.
6. Siap untuk dihidang
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS DAUN KARI..

Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cili kering blender
Bwg beso (hiris)
Bwg Putih (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili padi ijau/merah (belah dua)
Daun kari
Air Asam jawa
Kicap
Air ckit utk kuah
Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn..
aji/gula
Bwg beso (hiris bulat)
Ayam (goreng DL tp xyah goreng garing sgt)
*Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bahan hiris n daun kari smpai naik bau.. Pastu mskkn cili blender n Tumis smpai garing..
*Dh garing masukkn air Asam jawa ckit, kicap n air.. Biar kuah mendidih dl..
*ble kuah dh mendidih mskkn ayam goreng.. Mskkn garam (jika perlu), aji n gula secukop rs..
*biarkn mendidih lg skali n masukkn bwg hiris bulat n cili padi.. Siap..
Pemilik resepi : Nur Farhana Ismail Ann
RESEPI AYAM GORENG HALIA

Bahan-Bahan:
.
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
.
Cara Memasak:
.
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika, jangan sampai bawang putih hangus.
.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan2
1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siapppp…!!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Rumah Nampak Kemas, Jangan Bawa Barang Banyak Ke Rumah Baru

Rumah yang cantik, kemas dan teratur sentiasa menjadi ramai pasangan yang sudah berumahtangga, tetapi disebabkan barang yang banyak, anak-anak yang masih kecil ia menjadi punca mengapa ramai yang sukar untuk mengekalkan tahap kebersihan rumah mereka. Oleh itu kami kongsikan ilham juga sedikit tip mudah untuk anda mendekorasi rumah baru nanti juga memastikan susun atur kekal dalam keadaan kemas. Ikuti perkongsian dari Muhammad Arif Arif ini.
.
.
.
.
.
.
.
Tip untuk rumah sentiasa kemas.
1) Sentiasa kurangkan barang dari rumah lama untuk dibawa ke rumah baru barang yang tak perlu jangan bawa (barang-barang tidak penting
dan tak guna boleh beri pada orang, jual atau buangkan sahaja)
Mengikut kajian 60% rakyat malaysia mengalami masalah tak cukup tempat simpan barang.. sebab tak suka buang barang.
2) Sediakan ruangan storan tertutup seperti (kabinet berpintu) supaya kita boleh sorok macam-macam dalam tu.
3) Di dapur, bahan-bahan dan alatan masak seperti sudip, botol-botol kicap, sos masukkan dalam satu bekas simpan didalam kabinet bila selesai memasak.
4) Bagi yang ada anak kecil, rumah korang tidak akan nampak kemas ketika mereka sedang bermain. Biarkan sahaja. Selesai mereka bermain, kemas je..
.
Kredit : Muhammad Arif Arif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘Ferrero Rosak,’ Tak Perlu Oven & Mixer, Rasa Pun Lebih Kurang Ferrero Rocher Asli

Isi Kandungan
ToggleMungkin korang terfikir nak cuba-cuba buat biskut raya. Bagi pasangan yang baru berumah tangga, tentu kelengkapan dan perkakas di dapur belum lengkap. Namun ia bukanlah halangan untuk korang membuat kuih raya.
Tanpa menggunakan oven dan mixer, sebenarnya korang boleh menghasilkan biskut raya yang ‘super sedap.’ Rasa biskut ini juga sama macam coklat favourite semua yang harga kayangan itu. Bezanya biskut yang korang nak buat ni murah sahaja bajetnya.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara-cara membuat biskut Ferrero Rosak. Rasanya 90 peratus lebih kurang sama seperti Ferrero Rocher yang sebenar.
BAHAN-BAHAN:
200 gm nestum
300 gm Nutella
Hazelnut
Chocolate Chips
Shortening
Almond nibs
Mangkuk kertas
*Nak bajet, boleh guna kacang tanah untuk gantikan kacang badam.
CARA-CARA MEMBUAT:
- Masukkan nestum ke dalam mangkuk besar.
2. Campur nestum dengan Nutella.
3.Gaul rata sehingga menjadi doh.
4. Ambil ice cream scoop, masukkan adunan. Masukkan juga hazelnut yang sudah siap dibakar.
5. Letakkan adunan di atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak.
6. Campurkan 3 sudu besar besar chocolate chips dan shortening. Masukkan adunan di dalam mangkuk kertas.
7. Cairkan chocolate chips dan shortening menggunakan mikrowave atau boleh juga dipanaskan di atas dapur (boleh guna kaedah double boil).
8. Campurkan sedikit almond nibs. Campurkan dengan adunan tadi. Siram di atas doh
9. Apabila sudah siap, bolehlah masukkan ke dalam bekas bertutup. Simpan di dalam peti sejuk.
Sumber: Soya Belacan dan Syazwani Md Saad via Viral Apa Hari Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI