Hubungan

Bebelan Isteri, Itulah Kebahagian Yang Suami Tak Sedar

Share

SESETENGAH lelaki memang tidak tahan apabila mendengar bebelan si isteri, lagi-lagi apabila sama-sama penat balik dari tempat kerja, baru sampai rumah terus perit telinga terpaksa mendengar bebelan. Pasti ianya mengundang perbalahan.

Namun jika suami faham akan keadaan isteri, boleh bersabar dan bertolak ansur, pasti perbalahan tersebut tidak berlaku. Sememangnya sudah lumrah wanita, apabila dia rasa penat, mulut pun mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Suami yang baik sudah tentu belajar bersabar dan menerima kerenah isteri.

Dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif, satu ilmu yang amat berguna untuk pasangan yang sudah berkahwin dalam memahami antara satu sama lain. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

BEBELAN SI ISTERI 

“Isteri balik aja kerja, saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian CD ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti. Seperti yang dijangka, bila isteri masuk dalam kereta, dia akan mula bercerita.

Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tidak berhenti yang datang! Hendak makan pun tiada masa ni bang walaupun sudah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang hendak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.

BANYAK SUNGGUH CERITA DIA

Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang! Pastu kan bang…bla..bla..Pastu kan..bla bla bla..

Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.

CARA WANITA DAN LELAKI BERBEZA

Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar. Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.

Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.

GAMBAR : AZFARINA

Published by
Kim