Sweetnya Sonny Bill Williams bila dia sendiri mengumumkan di akaun media sosialnya bahawa isteri tercinta, Alana Raffie sudah menyarungkan hijab. Ternyata bekas bintang rugbi New Zealand ini begitu terharu melihat penampilan isteri berubah sedikit demi sedikit kerana Allah Taala.
Sebaik bergelar isteri, suami menjadi tempat bergantung. Di bahu suami juga memikul tanggungjawab untuk mendidik isteri menjadi ketua bidadari syurga. Suami yang baik adalah suami yang dapat membawa isterinya ke syurga.
Dalam posting tersebut, Williams dikatakan sangat berbangga kerana perubahan itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.
“Isteri saya adalah seorang hijabi! Alhamdulillah, isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ia adalah salah satu momen yang sangat membanggakan. Apa yang lebih istimewa adalah dia melakukannya kerana Allah SWT, bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga Allah sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, keberkatan dan kebahagiaan,” tulis Williams.
Sonny Bill Williams dan Alana telah mendirikan rumahtangga sejak 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, and Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Bila suami gembira, sudah tentu ganjaran dari Allah juga berlipatkali ganda. Pesona Pengantin kongsikan tip-tip untuk menjadi isteri solehah.
2. Berlembut dengan suami dan jangan membantah suruhannya.
3. Menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik.
4. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
5. Simpan segala rahsianya dengan baik.
Sumber: Instagram Sonny Bill Williams