Hubungan

Berdamai Dengan Diri Sendiri Bila Terjebak Hubungan Toksik, Pilih Bahagiakan Hati

Share

Reda bila terjebak dalam hubungan toksik tetapi tetap kena pandai jada hati sendiri. Jika silap gaya, anda boleh jadi tak bahagia sampai hujung nyawa. Walau kahwin dengan pilihan hati, tetiba ada yang tak suka dengan sikap kita, semua jadi lain skrip cinta yang dulunya ‘kemas’.

Inilah satu ujian buat mana-mana pasangan pun. Ada orang diuji dapat mentua yang suka cari silapnya, ada pula yang terjebak dengan ipar duai yang suka cari pasal. Itulah, tak mudah nak bahagia dalam perkahwinan. Bukan soal hidup berdua tetapi hubungan itu lebih besar dan luas.

Jom renungkan sekejap perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini, mungkin ada jalan penyelesaian untuk terus bahagia dalam rumah tangga walau sesekal dilanda badai.

Terjebak Dalam Hubungan Toksik

Berdamailah dengan diri sendiri. Frasa ini menggambarkan bahawasanya kita yang perlu didik diri kita sendiri, kita yang perlu ajar diri kita sendiri, kita yang perlu nasihat diri kita sendiri.

Apa yang kita nak, tak semestinya kita akan dapat. Apa yang kita inginkan, tak semestinya jadi milik kita.

Macam mana perjalanan hidup yang kita bayangkan, belum tentu itu yang ditakdirkan.

Mimpi kita, fantasi kita, impian kita, belum tentu jadi kenyataan.

Apa Perlu Buat?

Bila yang berlaku ke arah sebaliknya, maka masa ini kita perlu berdamai dengan diri sendiri.

Perlu ada titik, perlu ada noktah, perlu ubah. Langkah kaki itu perlu laju atau perlahan, kiri atau kanan, perlu ada pilihan semula.

Haluan baru, tujuan baru.

Pilihan itu perlu dibuat setelah kita berjaya mendamaikan diri kita sendiri. Tanda kita berjaya berdamai dengan diri sendiri adalah apabila akal dan hati itu berjaya di seiiringkan. Akal dan hati itu senada. Akal dan hati itu berpegang pada satu keputusan yang sama.

Begitulah cara untuk bahagiakan diri sendiri ‘lemas’ dalam membuat keputusan terbaik.

Published by
Nadia