“Belajar Memaafkan Pasangan Walaupun Ia Terlalu Sakit”

Share

Dikhianati dengan seseorang yang kita sayang memang sakit. Kita hanyalah manusia biasa, punya hati dan perasaan. Siapa sahaja tidak sakit setelah dilukai. Tapi itu bukanlah bermakna kita lemah.

Namun, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita. Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.

Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita. Ia perlukan untuk membolehkan kita move on. 

Beri diri kita masa untuk bertenang

Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahulu. Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.

Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat. Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.

Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati. Kuat diri dengan zikir dan solat. Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.

 Berhenti mencari jawapan

Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.

Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa. Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.

Lupakan Masa lalu dan lihat masa hadapan 

Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.

Belajar dari Pengalaman hidup 

Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan. Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.

Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.

Terbuka dan Berterus terang

Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.

Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya. Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.

 

 

Published by
NanyRahman