Tiga puluh dua kali Allah sebut ayat yang sama dalam Surah Ar-Rahman. Di dalam hidup ini pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang akan ditempuh oleh setiap hamba. Ujian yang diturunkan oleh Allah itu pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama. Jujur, kedamaian dan ketenangan hidup itu merupakan harapan setiap daripada kita yang bergelar manusia. Seperti yang kita sendiri ketahui jiwa manusia tidak pernah lari daripada menginginkan agar kesenangan itu kekal abadi selamanya.
Namun kita sering lupa bahawa langit tidak selamanya cerah, kadang mendung datang menerpa perjalanan hari, kerana ia merupakan suatu ketentuan. Begitulah juga dengan kehidupan manusia bahawa segala dugaan, cabaran, ujian serta rintangan yang menimpa diri ini merupakan ketentuan ilahi yang wajib diterima dengan hati yang sabar dan redha.
Teringat tazkirah ustaz Ebit Lew
Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.
Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya.
Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..
Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..
Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..
Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..
Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..
Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..
Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI