Belanja Isteri Iftar di Bazar Selera Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Share

Setiap kali kedatangan Ramadan, pasti meriah dengan pelbagai tawaran bufet Ramadan. Tidak kira di mana pilihan anda untuk berbuka puasa, apa yang penting dapat berbuka puasa bersama orang yang tersayang. Jika anda merancang berbuka puasa di luar bersama suami atau isteri tersayang, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur boleh dijadikan pilihan.


Hotel yang terletak di Chinatown ini membawakan tema Bazar Selera untuk mengembalikan nostalgia perjalanan kulinari masakan Melayu yang mempunyai sejarah perjalanan yang unik dan menarik sebagai destinasi rempah ratus di Asia Tenggara. Pelbagai menu bakal disajikan untuk memenuhi selera para pelanggan yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa pada kali ini. Sous Chef Meor Muhammad Syahir Meor Sahaid akan membawa perjalanan selera anda menyelusuri pelbagai citarasa dengan aneka sajian yang pastinya menyelerakan.


Hidangan pembuka selera seperti Acar Nyonya dan Rojak Buah bakal membuatkan anda berselera untuk mencuba menu-menu seterusnya antaranya termasuklah hidangan wajib setiap kali tibanya Ramadan iaitu Bubur Lambuk yang tidak mengecewakan. Buat si penggemar hidangan makanan laut yang segar, kaunter Seafood On Ice yang menghidangkan udang, ketam, tiram yang segar pastinya menjadi tumpuan.


Antara hidangan utama istimewa di sini ialah Mongolian Roasted Whole Lamb yang dihidangkan bersama Nasi Bukhari. Kambing yang dipanggang sempurna ini disaluti dengan pelbagai rempah ratus yang memberikan aroma dan rasa yang unik dan menyelerakan. Di samping itu, anda juga boleh mencuba hidangan tempatan yang sering mencuri tumpuan antaranya termasuklah Kuzi Kambing, Ketam Kam Heong dan sebagainya.


Tidak sah jika tidak mencuba aneka hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kek lapis Sarawak, serawa durian, sagu gula Melaka, ais kacang, aneka kuih -muih tradisional dan pastinya minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik dari stesyen kopitiam yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda!
Sinonim dengan lokasi hotel yang terletak di Chinatown, jangan lepaskan peluang menyaksikan Live demonstrasi masakan dari Lan Zhou La Mien yang menyediakan mee tarik yang sememangnya popular di kalangan masyarakat Cina. Hidangan mi tarik ini pastinya menarik untuk dinikmati bersama semangkuk sup panas!



Selain makan secara bufet, anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan istimewa secara bawa pulang di mana ia memperkenalkan set pada harga RM158 nett untuk dua orang. Antara menu yang ditawarkan termasuklah Nasi Bukhari, Ayam Kicap Kelulut Madu, Daging Rendang Tok, Sambal Tumis Udang Petai, Sayur Tumis Belacan, Otak-Otak, Lemang, Kerabu Betik dan Ikan Bilis, Kurma dan Dodol Durian.

Bufet Ramadan ini berharga RM158 nett di Quan’s Kitchen bermula 2 April hingga 2 Mei 2022.

Published by
Rosmah Idayu