Belanja Kahwin Tinggi. Sebab Tu Ramai Pilih Kahwin Waktu Pandemik. Lagi Jimat Belanja!

Share
Berkahwin di waktu pandemik ni adalah perkahwinan yang paling menjimatkan. Bukan kedekut tapi kita lebih menghargai duit yang ada. Tak perlu majlis besar, tak perlu jemputan ramai, tak perlu berhabis untuk sediakan goodie bags. Duit kalau dibazirkan umpama melihat air sungai yang mengalir tanpa ada kegunaan.
Barang-barang hantaran pun tak perlu nak ditayangkan. Lepas dah kahwin ni, belilah apa barang yang kita mahu. Kahwin di pejabat agama pun tak payah nak fikir hal pelamin. Nak cari duit bukan mudah. Ada yang sampai sanggup buat dua tiga jenis pekerjaan demi mendapatkan pendapatan yang cukup lebih-lebih lagi untuk seseorang yang bakal berumahtangga.
Hasil pendapatan itu bukan untuk digunakan selepas berkahwin. Ada yang bekerja keras semata-mata untuk urusan majlis kahwin. Jemputan sampai beratus orang, dewan yang besar perlu ditempah, duit untuk beli barang hantara. Itu belum lagi bila pengantin perempuan minta barangan kemas sebagai salah satu dulang hantaran.
Sebab itu ramai yang terjebak dengan pinjaman peribadi. Anak dah berderet pun pinjaman masih dibayar bulanan. Hidup dalam hidup ni merimaskan sebab banyak benda lain lagi yang boleh kita buat dengan duit tu.
Betul kata Dr Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya di Facebook. Patutkah anak muda yang hendak berkahwin buat pinjaman peribadi semata-mata untuk sebuah majlis kahwin?
PERLUKAH MAJLIS KAHWIN BERPULUH RIBU?
Bila kita tegur, jangan beli kereta mewah. Apakah kita menutup periuk nasik penjual kereta Audi, Ferrari dan Lamborghini?
Bila kita tegur jangan beli rumah mewah dalam keadaan ekonomi begini, apakah kita akan rugikan semua pemaju yang jual rumah mahal ini?
Bila kita kata kurangkan berbelanja waktu begini, apakah ia menutup periuk nasik semua peniaga shopiieei nanti?
Bila kita sokong, dan galakkan orang muda buat kenduri secara sederhana. Apakah kita tutup periuk nasik semua operator majlis kahwin semua?
Kawan kawan,
Faktor tertinggi orang muda muflis adalah dari pinjaman peribadi.
Mereka habiskan banyak duit untuk majlis kahwin atas tekanan keluarga nak majlis jadi ‘meriah’.
Adatnya begitu.
Sedara saya juga kahwin ambil pakej 25 ribu sekali dengan bunglow.
Anak dah dua, masih menumpang rumah mertua.
Apa kata majlis kahwin habiskan 3 ribu sahaja. Selebihnya buat persiapan kehidupan lepas kahwin.
Deposit sewa rumah saja dekat 5 ribu, mesin basuh baru yang baik seribu, peti sejuk yang tenangkan jiwa dan sejukkan dada dah dekat 2 ribu.
Katil, tilam, lemari semua sebaiknya ada selepas kahwin.
Kita terlalu utamakan majlis ‘raja sehari’ dari kehidupan berhari hari.
Covid ini banyak hikmahnya.
Apakah kita hendak ia berlalu begitu sahaja, tanpa belajar apa apa.
Atau kita masih nak buat majlis kenduri berpuloh ribu macam dulu juga?
Sebab nak jaga periuk nasi pengusaha dan peniga yang nak kita habiskan duit saja.
Renung renunglah dan selamat beramal.
Azizul Azli Ahmad
Bakal Bapak Pengantin Juga.
Jadilah orang yang bijak. Kalau kita masih lagi nak hidup dalam kata-kata orang lain, mungkin sampai bila-bila kita susah nak rasa senang. Kita corakkan kehidupan sendiri, tambah-tambah bila dah berkahwin. Sanggup ke berhutang sampai tua? Lebih baik enjoy dengan duit tunai yang kita ada bersama keluarga.
Kalau bayar pinjaman peribadi untuk kahwin RM300 sebulan, anda patutnya boleh gunakan duit tu untuk luangkan masa dengan keluarga untuk duduk hotel sebulan sekali. Ada swimming pool, breakfast sedap dan macam-macam lagi!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Published by
Anis Nor