Bila nampak harga emas turun, berpusu-pusu pelanggan masuk untuk membeli. Tak kurang juga bakal pengantin yang inginkan perhiasan emas menjadi hantaran. Tetapi, ada triknya juga untuk membeli barang kemas agar berbaloi dengan harga di bayar.
Mana-mana kedai emas sekarang ni penuh dengan pelanggan. Tak cukup beratur di dalam kedai, di luar kedai sudah tersusun kerusi untuk pelanggan menunggu. Macam nak masuk kedai makan pula. Tetapi adakah anda membeli emas hanya bersandarkan harga semasa yang dipromosikan?
Melalui perkongsian SyaQiela Fendy, membeli emas juga perlu ada ilmu. Bagus betul perkongsian ini kerana sekurang-kurangnya kita akan buat kiraan Matematik. Tak susah pun.
Menurut SyaQila, sebelum ini dia juga tidak ambil peduli tentang harga dan kiraan jual beli emas. Disebabkan ingin membantu seseorang membeli emas, akhirnya di amula pandai membuat kira-kira untuk membeli emas.
“Tadi dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yang selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni? Dan balik dari kedai tu sempat juga singgah kedai emas yang berdekatan dengan rumah semata-mata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guys..
-Kedai A harga Rm225/gm -Kedai B harga Rm238/gm
Ads
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan? Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050.”
Tidak habis di situ, SyaQiela berkunjung ke kedai emas lain untuk membuat perbandingan. Apabila ditanya tentang harga semasa, staf beritahu RM238/gm.
Yelah, tadi RM225 je kan… Jauh kan beza. Takpa, kita teruskan misi. Maka di sini adalah huraiannya.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
Ads
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. Anda rasa murah ke mahal?
Meh check kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga semasa Rm238/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Ads
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm230.
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
Harga upah boleh dirunding
Apa yang penting di sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm900 lebih dan sebagai pelanggan, anda BOLEH menurunkan harga upah mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.”
Kredit: Facebook SyaQiela Fendy
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein. Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.
Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.
Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh :
1- Sumber Enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.
Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
2- Sumber Protein
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.
Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.
3- Mudah Dihadamkan
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.
4- Menurunkan Berat Badan
Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
5- Meningkatkan Kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.
6- Mencegah Anemia
Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.
Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.
Petua “orang lama” pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur.
Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Penjagaan wajah penting bagi memastikan keterampilan diri lebih meyakinkan dan tampak kemas. Nescaya dengan penjagaan wajah yang sempurna, wajah anda tampak lebih menyerlah untuk menambat hati si dia. Ikut tip penjagaan kulit dan wajah lelaki agar tampil lebih tampan menjelang hari paling bahagia.
SENTIASA BERSIHKAN WAJAH
Pastikan anda mencuci wajah dua kali iaitu di waktu pagi dan malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan sisa kekotoran yang melekat pada wajah. Apabila wajah bersih, ia akan membantu menyerlahkan ketampanan sekali gus membuatkan wajah anda terhindar daripada pelbagai masalah kulit.
GUNA PENYENTAL MUKA
Walaupun anda menggunakan pembersih muka setiap hari, wajah anda sebenarnya masih belum cukup bersih. Ini kerana penyental wajah atau skrub merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih. Cara ini membantu untuk mengangkat sisa kekotoran yang menempel lebih dalam pada liang kulit, selain menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam serta mengurangkan pori-pori pada wajah. Jangan gunakan penyental kulit setiap hari sebaliknya gunakan 2-3 kali seminggu sahaja.
PAKAI PENYEGAR KULIT
Penyegar merupakan salah satu alternatif untuk memastikan kulit agar sentiasa segar dan lebih bermaya. Bagi lelaki yang mempunyai kulit jenis berminyak, tumpukan pada bahagian yang berminyak terutamanya pada dahi dan hidung. Gunakan penyegar sebelum masuk tidur di malam hari atau pada waktu pagi ketika anda mencuci muka lepas mandi.
PENTINGNYA PELEMBAP
Adalah penting untuk melembapkan kulit namun pastikan lembapan itu tidak berlebihan bagi mengelakkan anda berdepan dengan pelbagai masalah kulit yang disebabkan oleh liang-liang pori tersumbat. Gunakan pelembap daripada tekstur yang ringan selepas anda mencukur dan sebelum tidur.
GUNA KRIM MALAM
Krim malam boleh didapati dalam pelbagai jenis antaranya dalam bentuk krim dan juga gel. Biasanya lelaki lebih gemar menggunakan jenis gel kerana ia lebih sejuk dan menenangkan. Krim malam dapat membantu menenangkan kembali otot-otot muka agar kembali segar dan lebih berseri. Gunakan krim malam selepas anda memakai penyegar sebelum masuk tidur.
ELAK MAKANAN PUNCA JERAWAT
Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan timbulnya masalah jerawat seperti makanan yang terlalu berminyak, tinggi berlemak, bergoreng, kafein dan terlalu manis. Malah ada sesetengah makanan dan minuman yang berunsurkan susu juga boleh menimbulkan jerawat pada wajah. Oleh itu, pastikan anda ikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan pada kulit dan kunyah makanan dengan cara yang betul.
ATASI KULIT KERING
Jika anda bekerja di bilik yang berhawa dingin, pastikan anda memakai losen atau krim pelembap dan minum air secukupnya kerana ia merupakan antara langkah-langkah asas untuk mengatasi kulit kering. Jika kulit anda kering sehingga bersisik, sebaiknya guna pelembap khas. Selain itu, banyakkan makan tinggi fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agar kulit anda sentiasa sihat dan lembap.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berpuasa memberi anda peluang untuk memilih dan mengawal pemakanan namun masih kekal bertenaga sihat dalam melakukan aktiviti harian. Jika memilih makanan yang memberi tenaga, anda tidak mudah lesu untuk berhadapan dengan aktiviti yang padat. Rahsianya, ada beberapa makanan yang boleh membuat puasa anda sihat bertenaga. Lihat senarai berikut.
1. Daging tanpa lemak
Protein memang salah satu makanan terpenting untuk tubuh kita sekaligus otot-otot kita. Daging boleh membuat anda kenyang lebih lama kerana proses pencernaannya lama.
2. Telur
Serupa seperti daging, telur juga membantu anda mendapatkan protein cukup untuk tubuh. Anda boleh membuat telur rebus atau goreng yang sederhana. Manfaatnya seharian.
3. Oatmeal
Dibandingkan nasi, anda boleh menggantikan pengambilannya dengan oatmeal. Oatmeal mengandungi karbohidrat sekaligus boleh mengatur kadar gula darah. Paling baik makanlah di masa sahur agar stamina tubuh anda terjaga.
4. Sayuran hijau
Pastikan kalau warnanya hijau ya! Mengandungi mikronutrien, zat ini membantu pembentukan sel darah merah, sekaligus menjaga stamina tubuh agar tetap kuat. Selain itu, sayuran hijau mengandungi banyak serat.
5. Ikan
Protein yang terkandung dalam ikan umumnya tidak mengandungi lemak. Pengolahannya pun cukup mudah, boleh direbus, digoreng ataupun dibakar sesuai selera
6. Kacang
Selain enak sebagai teman untuk mengunyah, kacang juga mengandungi banyak mineral dan zat besi, sehingga membantu menghasilkan sel darah merah dan stamina. Kunyah kacang ketika sahur atau buka puasa boleh beri tenaga buat anda.
7. Buah, terutama pisang dan strawberi
Buah-buahan memang sangat baik untuk tubuh kita. Selain memberikan vitamin bagi tubuh, buah juga memberi vitamin untuk kulit. Buah, seperti pisang, mengandungi karbohidrat yang membantu meningkatkan konsentrasi sepanjang hari.
8. Gandum
Dibandingkan mengambil roti tawar biasa, anda boleh menggantinya dengan pengambilan roti gandum. Gandum kaya karbohidrat kompleks, sekaligus boleh membuat anda kenyang lebih lama.
9. Keju
Keju yang dimaksudkan ialah yang padu, bukan hasil olahan seperti cheesecake, cheese pudding, atau aiskrim. Kalau bosan dengan sembilan makanan di atas, anda boleh juga boleh menyelanginya dengan aneka jenis makanan lain. Anda juga boleh gandingkannya supaya lebih bervariasi. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Sumber:https://food.idntimes.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!