Beli Ni Dulu Sebelum Masuk Rumah Baru. Agak-agak Ada Duit Lebih, Baru Beli Lebih!

Share

Esok dah bermula full lockdown. Ramai yang akan bekerja dari rumah dan ramai juga yang terpaksa tutup perniagaan. Walau apa pun, kehidupan perlu diteruskan. Yang sudah merancang untuk berkahwin, sebaik dapat slot untuk bernikah, on je walaupun baju pengantin entah di mana.

 

Banyak sebenarnya penjimatan boleh dilakukan ketikan pandemik ni terutamanya kepada bakal pengantin kerana majlis tidak boleh diadakan. Paling banyak pun pengantin hanya perlu keluar belanja untuk membeli barang hantaran dan duit mas kahwin. Ada juga yang boleh terus masuk rumah baru, tak kiranya rumah sewa atau rumah sendiri dan membina hidup jauh dari keluarga.

 

Bila buat kira-kira, banyak juga barang keperluan rumah yang perlu dibeli. Ada yang tak tahu mana satu kepentingan, mana satu keperluan. Tak mengapa. Kami senaraikan di sini.

 

DAPUR GAS

Walaupun ada rasa anda kurang memasak di dapur tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya dapur gas, anda boleh juga hendak menjerang air, merebus sayur dan masak sesuatu yang ringkas. Bayangkan berlakunya lockdown ni, tidaklah perlu memesan dari luar sahaja. Sesekali boleh juga nak tunjuk skil memasak untuk suami atau isteri.

 

 

PERALATAN MEMASAK, MAKAN DAN MINUM

Dah ada dapur, mesti ada peralatan memasak. Kuali, periuk besar, periuk kecil dan macam-macam lagi diperlukan. Tak perlu lengkap semuanya, cukup sekadar apa yang anda perlukan. Jangan lupa juga membeli pisau, pengisar, pinggan-mangkuk dan periuk nasi.

 

 

PETI SEJUK

Jangan pandang remeh pada kegunaan peti sejuk. Harganya memang mahal (semuanya lebih daripada RM500) tetapi ia serbaguna. Anda perlu menyimpan buah-buahan, sayur-sayuran, makanan yang masih berbaki dan sekurang-kurangnya untuk minum air sejuk.

 

 

ALMARI PAKAIAN

Jangan lokek membeli almari pakaian. Kini anda boleh mendapatkan satu set bilik tidur pada harga yang sangat berpatutan. Dengan RM1000, anda boleh memiliki sebuah katil, almari pakaian dan meja solek. Janganlah terlalu memilih jenama kerana banyak juga barangan perabot yang tak berjenama tetapi tahan lama!

 

PERALATAN MENCUCI

Penyapu, penyodok dan mop mesti ada sebaik sahaja anda masuk rumah baru. Anda mesti memerlukannya untuk membersihkan rumah. saat ini, jika tak mampu membeli permbersih vakum pun tak mengapa. Menyapu secara manual sahaja.

 

MESIN CUCI PAKAIAN

Sewaktu PKP ni, kita memang kena kawal pergerakkan. Jangan sewenang-wenangnya ke tempat-tempat awam seperti kedai dobi layan diri. Bayangkan jika anda tidak mula menabung untuk membeli mesin mencuci pakaian selepas berkahwin. Takkan baju yang dicuci tangan hendak terus disidai. Lambat kering nanti! Ini pun perlu masuk dalam list barang keperluan ok.

 

 

 

Published by
Anis Nor