Rumah yang bersih dan berkilat adalah antara kriteria yang paling disukai oleh para ibu dan suri rumah. Tetapi, ramai yang beranggapan bahawa produk yang boleh menghapuskan segala kotoran degil ini hanyalah terdiri daripada produk yang mahal. Tidak sebenarnya. Antara rangkaian bahan pencuci yang anda boleh jumpa dapat bertindak mencuci kotoran dengan efektif adalah dari kedai serbaneka RM2 sahaja! Sangat jimat terutama buat semua pengantin baru yang nak pindah rumah. Bajet lari? Ini solusinya!
1.KITCHEN CLEANER
- Sembur- sembur je kat dapur yang ada percikan minyak dan sebagainya confirm berkilau dapur.
2. PENCUCI PINGGAN
- Giler best sabun cuci pinggan ni. Dah la berbuih banyak dan kotoran pun mudah tanggal.
3. PENCUCI TANGAN
- Bau lavender of courselah wangi. Dah la 500ml dengan harga RM 2.
4. PENCUCI LANTAI
- Saya mop lantai marble rumah pakai pencuci lantai RM 2 ni. Not bad. Lantai pun bersih dan licin je lepas kering.
5. BODY SHAMPOO
- Tolong percaya mandian ni hanya RM2 dan baunya harum.
6. PEWANGI KERETA
- Biasa beli rm10 kan? Sekarang beli kat eco jer hanya RM 2 ada macam-macam aroma. Saya beli ni bau rose.
7. PENCUCI LANTAI TANDAS
- Ni power beb. Picit je dekat tandas yang berkerak kuning dan berlumut dan biarkan selama 10-15 minit . Lepas tu sembur je air…. tak perlu kudrat yang banyak nak menyental… kotoran tanggal dengan mudah sekali. Very recommended.
8. PEWANGI
- Satu set ada 4 ketul. Letak lah kat mana korang suka. Ada 4 jenis bau.
10. CONCENTRATED LAUNDRY DETERGENT
Sabun ni bau sedap weii. Cubalah beli. Stok tak banyak kat kedai eco.
11. GLASS CLEANER
- Serius best glass cleaner ni hanya spray pada permukaan cermin dan lap. Memang berkilau. Tak padan dengan harga RM2.
12. FABRIC SOFTENER
- Ini softlan pun rm2. Wangi.
Sumber : Maryam Salleh