Terpat serum yang bersesuaian mengikut kulit jenis kulit anda. Hanya perlu perhatikan labelnya agar tidak tersalah pilih. Molekul-molekul kecil dalam serum ini dapat menjaga dan membaikpulih kulit anda dari sebarang radikal bebas. Cara terbaik untuk serum menyerap dengan lebih cepat adalah gunakannya selepas memakai toner. Untuk serapan lebih pantas adalah dengan mengurut wajah anda dari bawah dan ke atas terutamanya dari bawah pipi hingga ke tepi dahi. Kulit anda akan bertambah anjal dan segar. Serum berharga lebih mahal daripada barangan penjagaan kulit yang lain kerana bahan-bahannya berkonsentrasi tinggi. da

Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml)
Untuk kulit jenis kombinasi

Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold dimana ianya mempunyai ciri antioksida dan anti-radang, sekaligus mengekalkan sel-sel kulit anda dalam keadaan yang sihat dari radikal bebas dan searang kecederaan. Ia juga diperkaya dengan Beetox yang boleh memperbaiki struktur kulit anda dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Beetox merupakan hasil campuran diantara madu asli, propolis dan bisa dari lebah, dimana hasil campuran ini menghasilkan bahan seakan-akan botox yang dapat mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan dari wajah.

Serum daripada Rania Gold ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi kerana ianya bersifat non-comedogenic yang tidak akan menyumbatkan liang pori dan mengekalkan lembapan. Formulasi serum ini bebas minyak membuatkan ianya dapat menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.

Beli Serum Dari Drugstore, Kulit Nampak Muda Semacam

Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml)

Produk eliksir vitamin E semula jadi ini, Natur E Scar Serum berfungsi dengan baik dalam pembetulan parut jeragat dan kesan luka. Dengan sifat anti-oksidannya, serum ini melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan mula muncul jeragat atau pigmentasi pada kulit wajah. Ia juga merupakan pelembap intensif yang membantu melicinkan parut lama serta mencerahkan kulit. Serum ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit, mengekalkan hidrasi dan melembut hingga ke dalam lapisan kulit. Ianya berkesan untuk merawat sunburn akibat terdedah kepada sinaran UV. Beli Serum Dari Drugstore, Kulit Nampak Muda Semacam

IKLAN

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Serum muka multifungsi sesuai untuk kegunaan kaum lelaki

Serum multifungsi ini bukan sahaja mengandungi 1001 bahan di dalamnya untuk memastikan segala masalah kulit anda terbaiki, malah ia juga memastikan bahawa wajah anda kekal cerah dan berseri. Ekstrak minyak Tea Tree dan pudina di dalam serum ini membantu dalam mengawal minyak supaya kulit sentiasa segar dan bersih.

Serum ini mempunyai kegunaan 4-dalam-1 iaitu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat, penghasilan minyak berlebihan dan kulit kusam serta menghalang liang pori dari tersumbat. Diformulasi dari ekstrak biji benih Hyacinth, saw palmetto dan dengan kandungan 1% asid Salicylic, ianya dapat mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan menghakis sel kulit mati. Serum ini dapat memperbaiki kulit bermasalah serta menutup cela dan parut di kulit wajah akibat kesan jerawat. Kandungan esen minyak Tea Tree dalam serum ini berfungsi sebagai penghalang antibakteri pada kulit.

IKLAN
Beli Serum Dari Drugstore, Kulit Nampak Muda Semacam

Olay Regenerist Face Serum (50ml)
Kurangkan kedutan dan garis halus

Serum ini terbaik untuk memberi lembapan ekstra pada kulit wajah selepas anda memakainya. Ianya merupakan serum anti-penuaan yang dapat melawan dan melambatkan kemunculan penuaan pada wajah anda dengan formulasi Amino-Peptide Complex.

Hanya gunakan hujung jari sahaja dan sapukan perlahan-lahan ke seluruh wajah. Serum ini akan menyerap cepat masuk ke dalam lapisan kulit paling dalam. Gunakannya secara konsisten 1 – 2 kali sehari bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

IKLAN
Beli Serum Dari Drugstore, Kulit Nampak Muda Semacam

Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)
Terbaik untuk menghapus jerawat dan kulit tidak mudah merengsa

Serum ini bertekstur ringan seperti emulsi yang cepat menyerap. Diperkaya dengan asid laktik yang tertumpu sebagai penyumbang lembapan dan meningkatkan penampilan wajah. Mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria, berkesan untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh meliar.

KREDIT : productnation

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI