Bella Astillah Trauma Kisah Rumahtangga, Takut Nak Cerita Pasal Perceraian

Share

Kisah Bella Astillah dengan suaminya, Aliff Aziz pernah tular beberapa kali apabila diuji dengan orang ketiga. Namun alhamdulillah, jodoh mereka berdua untuk hidup bersama masih kuat.

Kalau ikutkan bukan artis sahaja terpalit kes rumahtangga, namun dek kerana glamour, isunya jadi tumpuan. Secara umumnya, ramai wanita takut dengan ujian perkahwinan selepas melihat berlakunya banyak keruntuhan rumahtangga.

Bukan hanya takut pasangan dirampas penyondol, ada beberapa lagi perkara yang menjadi ketakutan buat kaum wanita, sudah pasti yang utamanya adalah pergaduhan yang akhirnya menemui titik penghujung iaitu penceraian.

Bella Astillah Trauma Kisah Rumahtangga, Takut Nak Cerita Pasal Perceraian

Berbincang soal ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa kontroversi melanda keluarga kecilnya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

 

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, episod hitam itu mematangkan dirinya dan suami, Aliff Aziz.

“Tidak suka kontroversi kerana kadang-kadang ia di luar kawalan dan jangkaan saya.

“Apa yang terjadi mematangkan dan ada rasa takut. Saya sudah tidak mahu melalui episod patah hati yang memenatkan dan menyedihkan.

“Hidup ini cuma sekali, mahu gembira sahaja,” katanya dipetik daripada temuramah program hiburan popular TV3, Melodi.

 

Berharap Kontroversi Tak Berulang

Ternyata episod panas yang menghantuinya memberi impak besar kepada keluarga Bella. Lantas, dia berharap kontroversi seumpama itu tidak berulang kembali.

“Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui.

“Saya tiada niat untuk mencetuskan kontroversi itu. Secara jujurnya, saya tidak mahu ada kontroversi tidak baik. Tetapi kita cuma manusia biasa.

“Harapnya tidak ada lagi cerita kurang enak didengar sebab ia beri impak besar,” jelas pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.

Ditanya mengenai hubungan bersama Aliff, Bella mengaku mereka baik-baik sahaja dan memilih privasi sebagai keutamaan.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Kami pilih untuk tidak terlalu berkongsi dalam media sosial.

“Saya nampak perubahan besar pada dirinya. Kami hanya tawakal dan berserah. Apa yang terjadi mematangkan suami.

“Ini tahun ketujuh kami berkahwin. Saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

“Tawakal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” katanya.

Begitulah, setiap orang akan melalui fasa ujian dalam rumahtangga. Antara kita kuat semangat atau tidak, itu semua terpulang pada kita.

Published by
Nadia