Sebut sahaja soal kahwin pada lelaki ,rata-rata merasakan enggan membincangkan soal tersebut dengan teman wanita mereka. Bila timbul soal itu di bibir wanita, mereka seakan mengelak. Maka pada wanita tentunya mereka merasakan teman lelaki yang dikenali tidak menunjukkan sikap serius dalam hubungan. Inilah dilema yang dirasai bagi kebanyakan wanita apabila mempunyai teman istimewa.
Maka tidak hairan kita lihat, lelaki hanya bersedia untuk kahwin apabila ekonomi mereka sudah stabil. Keinginan lelaki untuk berkahwin tentunya wujud namun terhalang oleh beberapa faktor berikut;
Antaranya:
1. Kedudukan ekonomi yang kurang stabil.
Keadaan kewangan yang belum mencukupi antara faktor yang menghalang untuk berkahwin. Tambah pula untuk menyediakan wang hantaran yang tinggi buat lelaki sukar untuk mencapainya tambahan pula dengan upaya gaji yang kecil menghalangnya untuk ke arah perkahwinan. Mengambil masa untuk mengumpul wang sebanyak yang diminta oleh pihak perempuan.
2. Rasa diri masih belum bersedia lagi
Ekonomi mungkin dah ok, tapi diri merasakan belum benar-benar bersedia untuk menjadi ketua keluarga, tanggungjawab berat ni. Maka dia bersikap rilek dulu sehingga diri sudah bersedia.
3. Susah nak buat pilihan yang mana berkenan di hati di samping nak jaga hati seorang lagi
Mungkin banyak kenalan, 2, 3, 4 orang atau lebih. Sukar buat dirinya memilih mana satu yang betul-betul sempurna. Kalau pilih yang seorang ini, nanti apa pulak kata yang itu, kalau aku pilih yang itu apa pulak kata sorang lagi. Nak jaga hati semua, akhirnya lambat nak kahwin.
4. Sambung belajar ke peringkat yang tinggi.
Ada juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seperti PhD, lebih kurang umur 30 tahun baru selesai belajar, belum kerja lagi. Nak cari kerja, nak kumpul duit, nak cari calon isteri yang sesuai, itu punca lelaki lambat kahwin.
5. Masih menanggung keluarga
Bisanya anak sulong bertanggungjawab menanggung keluarga. menanggung adik-adik yang masih bersekolah hingga ke universiti. Itu yang menyebabkan lelaki terlupa fikir soal kahwin, kerana yang penting adalah keluarga dari diri sendiri.
6. Ingin mencari wanita yang benar-benar baik dan boleh yang boleh menjaga orang tua.
Mengambil masa juga untuk mencari calon isteri yang baik, yang boleh jaga dia dan boleh jaga orang tua dan keluarga.
7. Merasakan diri tidak puas lagi nak enjoy
Kepada kaki enjoy, mungkin fikir susah nak enjoy kalau kahwin, ada orang yang mengawalnya nanti. So, enjoy dulu, puas enjoy baru kahwin.
8. Belum sampai seru
Rasa malas dan tak yakin pada diri nak kahwin, jadi kalau senang cakap, belum sampai seru lagi. Nak tunggu seru sampai entah bila, jadi tak payah tunggu.
9. Terlalu memilih
Kenalan ramai tetapi terlalu memilih pasangan, mahukan yang sempurna di mata. Susah la nak cari macam ni.
10. Pernah kecewa dan masih ingat kekasih lama
Masih menunggu kekasih lama dan bimbang kalau-kalau bercinta akan terluka lagi.
Inilah antara faktor lelaki berkahwin lewat.
Sumber:http://sarungcincin.blogspot.my