Isteri ni bila dia masak, dia selebihnya tak fikir pon sedap atau tak. Tapi kebahagian dia untuk bagi suami rasa tu yang yang buat dia lebih excited. Bengah kongsi di akaun instagram miliknya, macamana nak tackle bila isteri tanya sedap tak masakan dia.
“Masakan mak dengan i mana lagi sedap?”
.
Ni macam soalan terakhir matematik yang susah nak dijawab dan dirungkaikan.. sebab soal sedap atau tak ni kalau mak mak dan isteri ni masak bergantung pada Mood Nak Memasak!
.
Bengah request kat Mak mertua nak makan kari.. Cik Bunge pulak offer nak masak gulai lemak. 2 masakkan ni memang hasil tangan Mak dalam dunia ni yang ada citarasa tersendiri.. berbalik soalan sedap ke tak sedap masakkan isteri tu… bersyukurlah atas nikmat yang diberi. Perkataan SEDAP tu boleh lahir dari rasa syukur keatas nikmatNYA..