Bercinta memang sesuatu yang indah dalam hidup manusia. Lebih-lebih lagi jika kita bercinta dengan orang yang memang kita dambakan. Tapi harus diingatkan, sebelum mencintai dan menyayangi pasangan, cintailah diri sendiri dulu kerana kita berhak mendapat layanan yang terbaik.
Bengah atau dikenali sebagai Makhlok Macho di laman sosialnya berkongsi pengalaman bercinta sebelum dipertemukan isterinya.
‘Isteri banyak tanya kenapa dulu aku bercinta tak kekal dan serius dalam hubungan.. aku pon bercerita la dekat dia…
.
Masa aku bercinta dulu sebelum kenal dia. aku kenal dengan orang ni, dia ni, dia tu.. wei bukan playboy tau tapi fasa aku nak mengenali orang dan ada 1 kisah aku amat sayang pada seseorang sehingga mengabaikan diri. mencintai seseorang tanpa mengenal erti kasihan kepada diri sendiri. kan ke badigol sood tu?
.
Betul la kata pepatah ni.. “makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak tun tuang” eh? so waktu aku mencintai seseorang tu aku tak dihargai. segala perjuangan aku buat untuk merancang membina empayar aku dan dia akan datang tu musnah dengan 1 rangkap kata-kata.. “Saya takde masa depan dengan awak” punya la lama aku bercinta selamba kepala hangguk dia kata camtu. dan aku pon membujang lalu jasad ku kubiarkan kelaparan.. masa tu aku tengah famous kat facebook viral pasal #PenjagaBudakBudak