Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Ciri Wanita Seperti Ini Pembawa Rezeki Buat Suaminya
Seorang isteri pasti sangat bahagia jika mendapat julukan isteri pembawa rezeki. Buat para wanita yang masih belum mempunyai calon suami, bolehlah mempersiapkan diri daripada sekarang untuk menjadi wanita pembawa rezeki untuk bakal suami kelak.
Untuk para jejaka, kalian boleh mula mencari calon isteri dengan ciri-ciri wanita seperti ini yang mampu membawa rezeki untukmu kelak.
Wanita Yang Taat Kepada Allah & RasulNya.
Ada empat perkara yang dipertimbangkan sebelum berkahwin dengan seorang wanita. Sama ada kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.
Dalam Islam sangat dianjurkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya. Wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya akan membawa rumah tangga menuju syurga kerana golongan wanita ini akan menciptakan ketentaraman di dalam rumah tangga.
Rumah tangga yang aman dan tenteram adalah rezeki yang sangat berharga. Suami yang didampingi isteri seperti ini pasti akan selalu bahagia hatinya dan sentiasa bersemangat dalam mencari rezeki. Rumah tangga yang dinakhoda oleh suami yang soleh serta didampingi isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah tangga itu lebih diberkati serta mendapat keredaan Allah.
Wanita Yang Taat Kepada Suami
Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Sepanjang perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuatkan hati suami tenang dan damai dan boleh menjalankan kewajibannya mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Wanita Yang Melayani Suaminya Dengan Baik
Tugas utama seorang isteri ialah melayani suaminya sebaik mungkin serta mendidik anak-anak dengan baik. Wanita yang sentiasa melayani suaminya dengan baik akan membuatkan suaminya bahagia. Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan boleh menjadi ‘rakan kongsi’ yang baik dalam mewujudkan rumah tangga yang sakinah dan menarik hal-hal postif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.
Wanita yang sentiasa melayani suami dengan baik juga akan menciptakan rumah tangga yang harmoni. Rumah tangga yang harmoni adalah idaman semua orang, dan menjadi isteri yang melayani suami dengan baik juga idaman setiap wanita. Biasakan diri untuk melayani suami sebaik mungkin agar suami bersemangat dalam menjalani tugasnya untuk menafkahi keluarganya.
Wanita Yang Berhias Hanya Untuk Suaminya
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” (H.R. Muslim).
Sifat wanita memang suka bersolek dan berhias. Walau bagaimanapun wanita yang solehah hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya akan mendatangkan rezeki buat suaminya.
Jika Ditinggalkan Menjaga Kehormatan & Harta Suaminya
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatan dirinya. Harta suami yang dititipkan padanya digunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan izin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah daripada ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan kepada suaminya.
Wanita yang Sentiasa Meminta Reda Suaminya
Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Isteri yang sentiasa meminta reda suaminya berperilaku baik agar tidak menyinggung perasaan suaminya. Wanita seperti ini selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan masuk tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah.
Wanita Yang Ikhlas Menerima Pemberian Suami
Wanita yang tidak pernah mengeluh walau apa pun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apa pun yang diberikan suami kepadanya. Banyak atau sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya. Allah sudah menjanjikan bahawa jika kita bersyukur, maka akan semakin bertambahlah rezeki.
Wanita Yang Tidak Pernah Putus Mendoakan Suaminya
Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua takdir Allah. Selain bersyukur, wanita yang bergelar isteri juga boleh berusaha melakukan yang terbaik termasuk mendoakan suami dan anak-anak agar berjaya dalam kehidupan. Jadikanlah berdoa sebagai rutin harian setiap kali selesai solat.
Wanita seperti ini tahu bahawa rezeki suaminya akan bertambah dan diberkati jika dia sentiasa melibatkan Allah pada setiap langkah suaminya mencari nafkah buat seisi keluarga. Di samping itu doa juga merupakan penguat dan usaha yang sangat mujarab jika serius memintanya kepada Allah. Allah sangat senang jika hambanya terus meminta kepadaNya, disertai usaha yang tidak henti-henti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Tukar Status, Buat Perkara Ini Supaya Anda Tak Menyesal Nanti
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Di Tengah Malam Tak Salah, Asalkan Yang Masuk Ke Perut Anda Makanan Ini Saja!
Aktiviti yang padat dan tugas yang bertimbun membuatkan otak perlu bekerja maka jarang anda tidak merasa kelaparan di tengah malam. Padahal, perut sudah diisi dengan makanan yang secukupnya.
Mengisi perut yang berkeroncong di malam hari tidak ada salahnya. Tidak usah merasa berdosa ketika anda perlu makan di waktu itu. Tapi, lebih baik anda mengambil makanan yang sewajarnya dimakan di malam hari. Ini antaranya.
Walau tak berdiet hindari makanan berlemak seperti rendang atau lontong
Mungkin anda bukan orang yang terlalu mementingkan penampilan. Anda pun tidak kisah dengan berat badan tapi tidak ada salahnya juga kan menjaga kesihatan dengan menjaga apa yang anda makan di malam hari. Caranya cukup sederhana, memadai dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan zat akan membuat perut anda tidak mudah lapar. Makanan yang kaya dengan zat dan vitamin sebenarnya mudah untuk didapati. Cara memasaknya saja yang perlu anda perhatikan agar menjadi enak untuk dimakan.
Makan sandwic daripada roti gandum kerana ia lebih enak dan membuatkan anda kenyang sampai pagi
Ketika sedang asyik mengerjakan tugas yang perlu disiapkan keesokan harinya, tiba-tiba perut berkeroncong. Rupanya tugas yang bertimbun membuatkan otak bekerja keras sehingga memerlukan tenaga yang lebih. Tak perlu cemas, anda boleh mengisinya dengan roti gandum. Gandum banyak disarankan oleh ahli kesihatan untuk diambil sebelum tidur. Alasannya, gandum dapat membuatkan kita tidur lelap dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah kerana gandum dapat meningkatkan kadar triptophan yang mendorong produksi serotonin dalam tubuh.
Supaya roti gandum tersebut dapat anda nikmati dengan sebaiknya, anda boleh mengolahnya menjadi sandwic. Ini yang anda perlukan:
- Dua keping roti gandum
- Tomato dan timun yang dipotong mengikut cita rasa
- Daging merah / dada ayam / tuna / salmon (sesuai dengan cita rasa)
- Madu / yogurt
Pertama, rebuslah daging yang sudah anda siapkan. Susun semua bahan. Sebagai pengganti mentega, gunakan madu atau yogurt tawar.
Makan salad buah-buahan yang segar
Buah-buahan segar juga boleh membantu anda mengalas perut yang sedang lapar di malam hari. Kalau anda bosan dengan buah yang begitu-begitu saja, anda boleh mengolahnya menjadi salad buah yang lebih membangkitkan selera makan. Siapkan buah-buahan segar sesuai dengan cita rasa. Potong kecil-kecil buah-buahan itu. Letak madu dan yogurt menjadi satu. Setelah rata, tuangkan adunan madu dan yogurt ke atas potongan buah. Campur semuanya sampai rata. Salad buah siap untuk dinikmati di malam hari.
Kalau malas makan salad, buah-buahan boleh dijadikan jus segar
Selain salad, anda juga boleh makan buah dan sayur dengan membuatnya menjadi jus yang segar agar tidak bosan. Campurlah sayuran seperti brokoli, lobak merah atau tomato dengan buah-buahan yang memiliki rasa manis seperti epal, pisang atau betik untuk mendapatkan rasa yang nikmat. Anda juga boleh menambahkan daun mint ke dalam jus agar rasanya jadi lebih segar.
Segelas susu rendah lemak akan membuatkan perut kenyang dan tidur lebih lena
Minum susu di tengah malam juga tidak dilarang. Pilihlah susu rendah lemak yang berprotein tinggi. Ini akan membuatkan perut rasa kenyang tapi dalam masa yang sama, ia tidak akan menambahkan lemak. Tidak dinafikan, kandungan zat dalam susu sangat baik untuk tubuh. Minum susu setiap malam akan membuatkan tidur anda lelap dan daya tahan tubuh anda menjadi lebih kuat.
Makan mi segera di malam hari bukanlah berdosa
Bagi anda yang gemar makan mi segera di malam hari, janganlah cemas kerana ada juga mi segera yang rendah lemak dan kalori. Agar lebih nikmat, anda boleh menambahkannya dengan sayur-sayuran dan rebusan dada ayam. Tubuh yang kurus memang awesome tapi yang paling penting ialah tubuh yang sihat. Jika aktiviti anda padat, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Jadi tidak ada salahnya anda mengisi perut bila-bila masa asalkan dengan makanan yang berzat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI