Berat Hampir 106kg, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Dia Berjaya Turunkan 30kg Kurang Dari 6 Bulan!

Share

Keinginan untuk kurus semestinya menjadi impian untuk sesiapa jua. Bukan hanya untuk menjadi diri agar nampak sempurna malah yang paling penting faktor kesihatan perlu anda pertimbangkan kerana pelbagai penyakit berpunca daripada kegemukan yang tidak dikawal.

Atas faktor kesihatan juga mendesak Fauzul Kabir untuk melakukan perubahan pada diri. Beratnya yang mencecah tiga angka membuatkan dirinya bertekad untuk menurunkan berat badan. Ikuti kisah perkongsiannya dalam blog kevinzahri.com yang pastinya memberi anda semangat untuk sama-sama berjaya sepertinya.

Salam,

Nama saya Fauzul Kabir atau lebih mesra dikenali sebagai Fauka. Pada tahun 2015, BMI saya boleh dikategorikan sebagai ‘moderately obese’ sehinggalah saya mengambil keputusan untuk mengubahnya. Tekanan belajar membuatkan saya asyik mencari makanan sebagai medium of escapism saya. Tanpa saya sedari, berat saya telah mencecah hampir 106kg. Saya sangat terkejut kerana selama ini berat saya tidak pernah mencecah tiga angka.

Atas desakan dan pujukan keluarga yang merisaukan kesihatan saya dan faktor susah untuk melakukan aktiviti harian seperti cepat berasa penat dan susah untuk beribadah, selepas Raya tahun lepas saya bertekad untuk menurunkan berat badan.

Sebelum ini saya pernah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan termasuklah crash diet dan ubat kurus malangnya tiada yg berjaya malahan berat saya makin naik. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan ‘the balanced way’. Selama ni saya sangkakan dengan ‘skipping meal’ atau ‘overtraining’ boleh menguruskan badan tapi sangkaan saya salah. Saya belajar cara yang betul untuk menurunkan berat badan dan alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30 kg.

… alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30kg.

Selagi ada kemahuan inshaAllah akan ada jalannya, saya percaya dengan konsep #slowlybutsurely sebab nak turunkan berat badan ni perlukan usaha yang berterusan dan sokongan positif dari org sekeliling. Pada awalnya ada pihak yang tidak memberi support kepada saya tetapi azam dan sokongan Kawan2 seperjuangan membuatkan saya teruskan usaha.

Find the exit rather than excuses. Jangan jadikan ‘genetik keluarga memang semua besar, rangka aku jenis besar sebab tu aku gemuk’ sebagai alasan lagi. Percayalah, saya adalah pengguna setia alasan-alasan di atas sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berubah.

Do not stop when you are tired. Stop when you are done.

Percaya atau tidak. Pada seminggu awal perubahan saya. Setiap langkah slow jog saya. Saya akan kata dalam diri ‘no pain no gain’. Alhamdulillah hari ini saya sangat gembira kerana hidup sehat.

Di sini saya share 10 tips for all

1. Mula-mula sekali kena tetapkan objektif misi dan target, nak sihat dan bebas daripada pnyakit. Mesti aim yang strong so bila kita down ke..kite tengok balik aim kita tu.

2. Cari ilmu, research cara yg paling sesuai. Saya amalkan konsep 70 peratus pmakanan seimbang. 30 peratus senaman

3. Kenalpasti kalori keperluan seharian DCR (Daily Calorie Requirement dan Basal Metabolic Rate)

4. Pelbagaikan routine senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari. Waktu paling ‘mujarab’ bersenam ialah di waktu pagi. Tak kisah lah apa jenis senaman contoh lari ke basikal ke swimming ke gym keyang penting anda enjoy.

5. Banyakkan makan Sayur dan buah kerana ia Sangat Baik utk badan kita

6. Tangkap gambar utk ‘compare’ diri sndri selepas beberapa minggu utk naikkan semangat. Kdg2 berat tak berapa nak trun tapi inchi loss ade.

7. Don’t skip meal at all especially breakfast and eat 5 to 6 times per day

8. Cari kawan-kawan yang ada misi lose weight yg sama utk support dan sentiasa motivate each other. Cth groupworkout.

9. Keep ur body well hydrated. Sangat penting.

10. Konsistensi. Biar la orang sekeliling cakap apa. Yang penting kite kene be positive and keep moving. InsyaAllah akan dapat kemanisan di hujung usaha kita.

Published by
Putri Adila