Pasangan

Berbusana Putih, Redza Rosli Kini Milik Bella Hanna

Share

Tahniah buat pelakon, Redza Rosli yang selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna pada pukul 4.05 petang, sebentar tadi.

Hanya sekali lafaz, Redza bergelar suami kepada pasangannya yang dilihat cukup jelita di atas pelamin.

Redza Rosli Milik Bella Hanna

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Berbusana Putih

Pada majlis sama, pelakon drama Rindu Yang Terindah turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

Majlis bertemakan warna putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Antara rakan selebriti yang memeriahkan adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina.

Sekadar info, Redza dan Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28, pernah bergandingan dalam satu drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.

Published by
Nadia