Setiap kali tahun baharu, pasti antara salah satu azam yang cukup popular bagi kebanyakan orang ialah untuk menurunkan berat badan. Pada mulanya memang ramai yang berkobar-kobar seperti menjaga pemakanan dan bersenam namun tidak sampai setengah tahun, diet pun ‘ke laut.’
Sebenarnya jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, ada perkara yang perlu anda berikan perhatian. Ini penting bagi memastikan usaha anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal mencapai sasaran.
Berikut perkongsian daripada Coach kecergasan, Arif Sukri
1. Letakkan niat berdiet untuk jaga kesihatan. Kurus dan fit pasti akan datang kemudian.
2. Biarlah diet yang kita buat untuk tahun depan boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang.
3. Jangan tinggalkan nasi, lauk, atau haramkan terus air manis.
4. Sebaliknya fokus buat kawalan tanpa perlu sediakan sekatan demi sekatan.
5. Tak perlu buat diet sekadar ikut-ikutan. Fahami keperluan badan, lalu ciptalah rutin diet yang kita sendiri boleh laksanakan.
6. Bersenamlah dengan kemampuan kawan. Tanpa perlu paksa diri diluar kemampuan sehingga datangkan kecederaan.
7. Cari group support. Bersama-samalah dengan orang yang ada matlamat yang sama dengan kita.
8. Belajar dan cari ilmu diet agar tidak lagi kita terkena dengan scam yang janjikan bulan dan bintang semata-mata.
9. Maafkan diri sendiri jika kita tersasar seketika. Kita juga manusia yang tidak dapat lari daripada alpa dan leka.
10. Berdoalah sentiasa kepada Tuhan agar kita terus diberi kekuatan dan teguh hati dalam setiap perlaksanaan.
Begitulah. Semoga anda yang sedang berjuang dimudahkan segala urusan. Kesilapan dalam perlaksanaan itu lumrah. Yang penting kita perlu sentiasa belajar untuk muhasabah daripadanya.
Sumber: Arif Sukri Kredit foto: (Top image) Pixabay