Tak Bersedia Nak Kahwin

Ramai yang dah bercinta lama tetapi masih tak bersedia nak kahwin atas sebab-sebab tertentu.

Kalau ikutkan perkahwinan ini adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Jadi anda kena ambil serius dan berbincang bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’.

Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak:

Bercinta Dah Lama Tapi Tak Bersedia Nak Kahwin, Inilah Tandanya!

1. Komen negatif tentang perkahwinan

Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.

Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.

2. Fokus pada diri sendiri

Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.

Ads

Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

3. Selesaikan masalah dengan beremosi

Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.

Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.

Ini memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.

Ads

Bercinta Dah Lama Tapi Tak Bersedia Nak Kahwin, Inilah Tandanya!

4. Ubah topik perbualan bila cakap pasal kahwin

Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.

5. Tak bawa jumpa keluarganya

Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.

Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.

Ads

Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.

6. Tolak perbincangan sensitif

Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.

Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.

7. Tidak berdikari dari segi kewangan

Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.

Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.

Haaa… itulah ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Kalau anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, boleh cepat-cepat buat keputusan sama ada nak teruskan atau cukup sampai di situ.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI