Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, selamat bergelar suami kepada Asha Merican, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Pasangan ini jarang berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial.
Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.
Majlis pernikahan tersebut turut dikongsikan secara Live menerusi Instagram Harris Annuar.
Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing. Laman Instagram Harris mahupun Asha dipenuhi ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Foto: Instagram @nadiaannuar & harrisannuar