Cinta hadir tanpa di duga, tak mengenal siapa dan bila. Menjalinkan hubungan dengan orang yang mengalami depresi bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang tidak pernah mengalami dan mempunyai pengalaman tentang depresi. Sedikit sebanyak perkara ini akan menakutkan kita.

Depresi merupakan racun yang boleh mematikan seseorang. Sekiranya penghidap depresi dibiarkan berseorangan, mereka akan lebih cenderung untuk mengasingkan diri mereka dan apa yang lebih menakutkan, penghidap depresi akan berasa cenderung untuk membunuh diri! Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekiranya pasangan kita seorang penderita depresi?

Image result for bercinta dengan orang depression

Depresi boleh mengakibatkan bunuh diri

Depresi merupakan satu kondisi mental yang abnormal sehingga boleh mempengaruhi setiap tindak tanduk kita di dalam kehidupan. Depresi boleh diumpamakan persis orang yang buta warna. Mereka tidak dapat menikmati warna-warna kehidupan kerana terlalu mengikut emosi sehingga boleh menjadikan mereka tidak berperasaan. Hmm bahaya tu.

Membiarkan orang yang mengalami depresi merupakan satu kesalahan yang besar. Lebih-lebih lagi mereka adalah pasangan kita. Depresi yang berat akan semakin sukar untuk diubati. Sekiranya penderita depresi tidak mendapat bantuan yang sewajarnya, berkemungkinan besar mereka akan cenderung untuk menjadi penagih dadah, alkohol dan makan ubat-ubat larangan. Lebih membimbangkan lagi apabila mereka berani bertindak kasar dan akhirnya memilih untuk membunuh diri.

Image result for bercinta dengan orang depression

Cara bantu pasangan yang mengalami depresi

Cinta memiliki kekuatan yang besar untuk menyembuhkan orang yang menghidapi depresi. Sejujurnya ini bukan satu perkara yang mudah tetapi sebagai pasangan, kita perlu cuba memahami mereka dengan penuh sabar. Tunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kita kepadanya sebagai tanda sokongan untuk mereka keluar daripada penyakit mereka.

Sekiranya depresi yang dialami oleh pasangan kita boleh mengganggu hubungan, segeralah ajak pasangan korang berjumpa dengan doktor. Fahamkan pasangan korang bahawa depresi perlu disembuhkan. Terangkan sebaik mungkin dan penuh dengan kesabaran supaya pasangan kita tidak merasa diri mereka di “judge”

Image result for bercinta dengan orang depression

Pandangan negatif daripada orang lain antara salah satu faktor utama seseorang itu mengalami depresi. Cubalah untuk lebih bersabar sekiranya pasangan kita sedang dalam keadaan murung. Minta pasangan kita untuk mencurahkan isi hati tanpa menghakimi mereka. Jangan sesekali melayan mereka dengan cara yang kasar.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : dhia.com