Seseorang itu dilarang bercinta sebelum berkahwin. Apa yang dibolehkan ialah sekadar berkenan.
Ini kerana percintaan tersebut akan menyebabkan hati kedua-dua pasangan bergelora dan dilanda mabuk rindu sehingga lupa mengerjakan perintah Allah (meninggalkan solat), derhaka kepada ibubapa (biadap kepada ibubapa dalam urusan kahwin), bahkan mungkin ke tahap melakukan seks di luar nikah (zina).
Tiga perkara ini jelas haram hukumnya. Oleh itulah percintaan dilarang kerana ia membuka jalan-jalan ke arah perkara yang haram.
Apa yang dibolehkan sebelum pernikahan ialah berkenan, iaitu kecenderungan, kesukaan dan persetujuan hati kepada calon pilihan.
Perhatikan firman Allah berikut ini: Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan wanita-wanita…[al-Nisa’ 4:03].
Ads
Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menyuruh para lelaki untuk berkahwin dengan mana-mana wanita yang mereka berkenan. Maksud berkenan di sini ialah wujudnya kecenderungan, kesukaan dan persetujuan di hati.
Ini kerana pernikahan merupakan kehidupan bersama suami isteri bagi mencapai sakinah (ketenangan), mawaddah (saling berkasih sayang) dan rahmah. Maka amatlah penting sejak awal pernikahan dimulakan dengan adanya kecenderungan, kesukaan dan persetujuan hati di antara kedua-dua bakal pasangan.
Sebuah contoh daripada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ialah hadis berikut: Abdullah bin ‘Umar menerangkan bahawa (ayahnya) ‘Umar bin al-Khaththab berkata ketika Hafshah binti ‘Umar menjanda daripada Khunais bin Hudzafah al-Sahmi – beliau termasuk sahabat Rasulullah yang ikut serta dalam perang Badar dan meninggal dunia di Madinah – ‘Umar berkata:
Aku datangi ‘Utsman bin ‘Affan dan aku tawarkan Hafshah kepadanya. Aku berkata: “Jika engkau mahu, maka aku akan nikahkan engkau dengan Hafshah binti ‘Umar.” ‘Utsman hanya memberi jawapan: “Aku akan mempertimbangkan perkaraku terlebih dahulu.” Aku lalu menunggu beberapa malam, kemudian dia menemuiku dan berkata: “Nampaknya aku tidak akan menikah pada saat ini.”
Umar berkata: Kemudian aku menemui Abu Bakar, aku katakan kepadanya: “Jika engkau mahu, maka aku akan nikahkan engkau dengan Hafshah binti ‘Umar.” Abu Bakar hanya terdiam dan tidak memberi jawaban sedikitpun kepadaku. Dan kemarahanku kepadanya jauh lebih memuncak berbanding (kemarahanku) kepada ‘Utsman. Lalu aku menunggu beberapa malam, ternyata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang meminangnya. Maka aku menikahkannya dengan baginda.
Kemudian Abu Bakar menemuiku dan berkata:
“Mungkin engkau marah kepadaku ketika engkau menawarkan Hafshah kepadaku dan aku tidak memberi jawaban sedikitpun?” Aku menjawab: “Ya.” Abu Bakar berkata: “Sebenarnya tidak ada yang menghalangiku untuk memberi jawapan kepadamu mengenai apa yang engkau tawarkan kepadaku, melainkan aku mengetahui bahwa Rasulullah sering menyebut-nyebutnya (Hafshah), dan tidak mungkin aku akan menyebarkan rahsia Rasulullah. Kalaulah baginda meninggalkannya, tentu aku akan menerima tawaranmu (untuk menikahi Hafshah).” [Shahih al-Bukhari, no: 3704/4005]
Perhatikan dalam hadis di atas bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyebut-nyebut nama Hafshah sejak suaminya meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa baginda telah berkenan kepada Hafshah dan menunggu masa yang sesuai untuk menemui ‘Umar dan melamarnya.
Ads
Sebelum itu, Rasulullah tidak mencintai Hafshah sebagaimana cinta suami-isteri, tidak berpacaran atau melakukan komunikasi rahsia dengan Hafshah umpama ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’. Apa yang baginda lakukan ialah sekadar berkenan kepada Hafshah.
Oleh itu dibolehkan untuk berkenan kepada calon pasangan sebelum bernikah. Kecenderungan, kesukaan dan persetujuan hati ini dikuatkan dengan bertanya kepada orang-orang yang dipercayai kejujurannya lagi dapat menyimpan rahsia mengenai latarbelakang calon, kelebihannya dan kekurangannya.
Dibolehkan untuk berjumpa secara terus di antara calon suami isteri ini bagi perbincangan-perbincangan lanjut, dengan syarat ia turut dihadiri oleh orang jujur lagi dipercayai bagi membantu perbincangan. Ditegah berjumpa secara berdua-duaan sahaja.
Ads
Artikel ini telah ditulis oleh Kapten Hafiz untuk ruangan Soal Jawab Munakahat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cemburu biar bertempat. Tahukah anda, cemburu jika tidak dibendung boleh membawa kepada masalah jiwa! Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi untuk lelaki, suami yang berhadapan dengan isteri kuat cemburu.
Tegur Dengan Suara ‘Macho’
Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan. Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.
Penjelasan Hanya Sekali
Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.
Kenang Momen Indah
Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.
Selalu Yakinkan Pasangan
Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan bagitahu bahawa anda adalah miliknya selama-lama. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia yakin dengan anda.
Wanita hanya inginkan perhatian
Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikaikan perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasan aura romantis jelas terpancar pada iringan cenderahati berhias indah dan mewah. Agungnya cinta yang bertakhta di hati terlakar jelas pada setiap pilihan cenderahti yang dipersembahkan kepada si maharani. Sentuhan magis pada setiap cenderahati membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.
Tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan ialah untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang datang memeriahkan majlis resepsi. Setiap kali hadir ke majlis resepsi perkahwinan tentunya buah tangan daripada mempelai menjadi perhatian tetamu.
Cenderahati berpaksikan tema vintaj misalnya boleh dijadikan pemberian unik untuk dibawa pulang oleh tetamu yang datang memeriahkan majlis hari bahagia pasangan raja sehari.
Bagi pasangan mempelai, cenderahati merupakan perlambangan tanda penghargaan kepada para tetamu kerana kesudian memeriahkan hari bahagia mereka.
Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan tanpa buah tangan buat para tetamu yang hadir meraikan hari bahagia pasangan mempelai. Pilihan cenderahati tidak tertumpu hanya pada barang hiasan tetapi juga boleh meliputi aksesori perhiasan diri.
Gubahan cenderahati lebih sempurna apabila turut diolah bersama pilihan bunga hiasan daripada fabrik net, sangkar burung dan juga kotak metalik berbentuk heksagon. Injeksi reben dan bunga hiasan mampu menambah keindahan persembahan cenderahati. Tidak perlu terlalu sarat. Cukup sekadar hiasan minimum.
Raikan kunjungan tetamu dengan iringan buah tangan bertemakan konsep moden English di majlis bersejarah. Pilihan warna-warna lembut cukup ‘sejuk’ dan tenang dipandang. Pasti para tetamu berasa gembira dan rasa cukup dihargai tatkala menerima pemberian ole-ole daripada pasangan mempelai.
Pilihan warna bungkusan cenderahati jangan dilupa. Pilihan warna bungkusan haruslah seiring dengan tema majlis. Jika cenderahati dibuat sendiri, pastikan masa diperuntukkan secukupnya untuk menyiapkan semua cenderahati.
Selain manisan dan bunga telur sebagai cenderahati untuk dibawa pulang, cipta kelainan dengan memberikan set manikur kepada para tetamu. Set manikur misalnya merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal kerana ia bukan sekadar cenderahati yang hanya dijadikan perhiasan tetapi boleh digunakan kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikatan perkahwinan merupakan sesuatu yang baik di mana ikatan teguh di antara dua insan yang bukan muhrim dihalalkan segala perkara dari segi zahir dan batin.
Namun begitu, adakah anda yakin bahawa “inilah dia yang dicari dan dialah yang bakal membahagiakan hidupku”.
Keputusan anda untuk mengahwini si dia sangat mudah diucapkan. Jadi, buatlah pilihan yang betul dan kenali isi hatinya juga sikap sebenar si dia agar anda tidak terkejut dengan perubahan sikap si dia setelah berkahwin.
Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, semestinya setiap pasangan akan menyorokkan segala keburukan diri dari pasangan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap jujur dan berterus terang bersama pasangan adalah lebih baik dan anda akan lebih memahaminya sebelum menuju ke alam perkahwinan.
Berikut ada beberapa tip untuk mengenali sikap sebenar pasangan anda:
1. Berkongsi cerita bersama. Pasti si dia akan bercerita kepadamu mengenai latar belakang dirinya sebelum itu.
2. Berani untuk bertanya si dia kisah masa lampau dirinya. Oleh itu, anda berdua akan jujur dalam perhubungan.
3. Tidak menyimpan perasaan sakit hati atau dendam. Sekiranya anda berasa tidak puas hati, luahkan sahaja. Si dia pasti memahami sebab kamu berasa marah.
4. Ketahui hobi si dia di masa lapang seperti menonton televisyen, bermain ‘game’, duduk di rumah, melepak bersama rakan dan sebagainya.
5. Ketahui apa yang tidak disukainya. Contohnya sikap, makanan dan minuman yang tidak disukai.
6. Kenali warna yang disukainya. Ini memudahkan apabila berkahwin, anda sudah tahu warna pakaian yang disukainya.
7. Kenali sikap si dia apabila bersama keluarga. Adakah dia seorang yang manja dengan ibunya? Adakah si dia seorang yang tidak mengambil berat perihal keluarga? Dari situ, anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.
8. Selidik cara percakapan si dia apabila bersamamu, bersama rakan, dan keluarganya. Anda akan ketahui sama ada si dia seorang yang lembut, panas baran, penyayang dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!