Membina rumah tangga tidak semudah yang dibayangkan. Apabila melangkah ke alam rumah tangga, banyak perkara yang perlu difikirkan. Salah satunya, bagaimana untuk membina kemesraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga dan mempertahankannya hingga ke akhir hayat.
Sebelum kahwin, bukan main mesra lagi kan. Seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Bercinta 5 tahun pun tak jemu. Tapi masa zaman bercinta ni kau janganlah mesra lebih-lebih. Karang kena tinggal karang barulah menitis air mata penyesalan. Tetapi, apabila sudah berkahwin, di mana hilangnya kemesraan ketika bercinta dahulu?
Ini antara contoh situasi sebelum dan selepas berkahwin :
1. Sebelum kahwin asyik ucap I Love You, I Miss You. Lepas kahwin nak ucap seminggu sekali pun susah
Selalu masa bercinta bagi hadiah setiap ulang tahun percintaan, ulang tahun kelahiran makwe la, ulang tahun perkenalan la, bagi bunga, bagi kek, bagi coklat mahal-mahal. Dah kahwin hampeh. Nak bagi senyuman manja pun tak lalu dah. Kakakaka.
2. Sebelum kahwin kemain kalau jalan nak pegang tangan walaupun tahu dosa. Lepas kahwin jalan pun jauh. Tinggal isteri kat belakang. Bini kau bawa anak kau jalan lenggang je
3. Sebelum kahwin kalau pakwe / makwe merajuk mesti cepat je pujuk. Tapi bila dah kahwin, suami / isteri merajuk buat tak tau je.
4. Sebelum kahwin kalau makwe nak pakai helmet pakwe pakaikan. Dah kahwin pandai-pandai la kau pakai sendiri. Kiri kanan bini pegang barang, bawak anak lagi pun kena pakai sendiri. Jika naik kereta zamannya bercinta, siap bukakan pintu kereta. Sempat lagi buat pickup line;
Ads
“Apa beza awak dengan pintu kereta saya ni?”
“Err..tak tau la Bie”
“Takde beza. Dua-dua milik saya selamanya. Cia cia cia.”
5. Kalau belum kahwin selalu ada masa untuk makwe mengadu. Makwe mengadu sakit perut pun dia layan lagi. Tapi lepas kahwin bini mengadu pening kepala terus suruh cari ubat sendiri kat dalam almari. Pastu membebel lagi cakap awak ni macam-macam la sakit.
6. Sebelum kahwin makwe bagitau teringin nak makan pizza, terus pergi belikan. Siap delivery depan rumah. Lepas kahwin isteri ajak nak makan pizza cakap duit takdela, masak je la, awak ni mengada-ngada la.
7. Sebelum kahwin makwe siap setengah jam pun sanggup tunggu depan pintu rumah. Lepas kahwin, isteri bersiap lambat 5 minit pun dah marah-marah. Dah la nak siapkan anak lagi.
Ads
Bagi yang dah berkahwin tu, kau pernah tak buat macamtu? Kalau pernah buat, mohon terasa. Bawa-bawa la berubah. Mohon sentap la kalau terkena. Kakakaka.
Bercinta selepas kahwin lebih baik dan untung. Kau tak perlu hipokrit. Kau tak perlu berlakon jadi orang lain. Pasangan kau akan terima kau seadanya. Baik buruk kau pun dia akan terima dengan hati yang terbuka.
Kau jadi diri kau sendiri je lepas kahwin. Tak perlu nak tunjuk macho. Tak perlu nak berusaha pikat hati makwe kau. Tak perlu perabih duit, belikan hadiah mahal, belikan patung beruang besar, beli baju sedondon semua tu.
Bila dah kahwin, suami dan isteri kena sama-sama berusaha mewujudkan kebahagiaan dan kemesraan dalam rumah tangga. Ada masalah, bincang. Bukan tengking. Simple.
Ads
Sumber : Amir syahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diet dengan cara mengehadkan makanan tertentu seperti diet rendah lemak atau rendah karbohidrat sering kali gagal kerana biasanya itu bermakna anda perlu menghindari makan yang anda gemari. Cara diet itu juga menyebabkan anda cenderung untuk mudah berasa lapar kerana kurang pengambilan makronutrien yang merupakan sumber tenaga. Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa perlu meninggalkan makanan kegemaran anda, cuba menguruskan pola pemakanan anda dengan kaedah diet puasa atau intermittent fasting.
Apa itu intermittent fasting?
Intermittent fasting atau diet puasa/puasa berselang adalah kaedah untuk menguruskan pola pemakanan dengan cara berpuasa makan untuk tempoh tertentu, namun anda masih boleh meneruskan pengambilan minuman. Jika dibandingkan dengan istilah “diet”, biasanya ia merujuk kepada pengurangan atau mengehad makanan tetapi kaedah intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.
Kaedah ini tidak mengatur makanan apa yang anda harus kurangkan atau harus ambil, namun ia lebih kepada waktu anda harus dan berhenti daripada makan. Kebiasaannya kaedah ini mencadangkan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanapun, waktunya anda boleh tentukan sendiri.
Manfaat intermittent fasting
Pada asasnya, puasa sendiri mempunyai peranan yang balik dalam kesihatan, dan dengan cara berpuasa sudah diketahu sejak lama untuk bertahan hidup. Amalan pemakanan seharian anda mungkin tiada peraturan kerana sering makan di luar waktu makan atau melewatkan waktu makan.
Dengan kaedah intermittent fasting, anda dapat memperbaiki dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Ia juga melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.
Intermittent fasting juga membantu tubuh mengawal tekanan darah dan kolesterol kerana tubuh melakukan pembakaran lemak yang lebih efektif semasa berpuasa, serta membuatkan hormon insulin lebih sensitif terhadap makanan.
Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda mengatakan bahawa diet puasa (intermittent fasting) membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia juga mengatakan diet puasa menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap pelbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh dengan lebih baik. Keadaan puasa dapat membuatkan sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.
Cara melakukan intermittent fasting
Intermittent fasting mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangan pengambilan makanan. Pada umumnya, kaedah ini hanya ditentukan dalam masa seminggu, bila-bila sahaja waktu untuk berpuasa. Puasa yang dimaksudkan ini adalah hanya berpuasa makan sahaja, namun anda masih boleh mengambil minuman. Semasa tempoh berpuasa, anda perlu mengambil makanan dalan jumlah paling sedikit atau tidak makan sama sekali.
Terdapat berbagai cara untuk melakukan intermittent fasting, berikut adalah beberapa kaedah yang popular:
Kaedah 16/8: Ini merupakan kaedah yang membahagikan 16 jam waktu berpuasa dan 8 jam waktu untuk mengambil makanan. Contohnya, anda boleh makan dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam, kemudian diteruskan kepada puasa selama 16 jam.
Eat-Stop-Eat: Kaedah ini mengharuskan anda untuk tidak mengambil makanan selama 24 jam untuk beberapa hari dalam seminggu. Contohnya, anda berhenti mengambil makanan dari waktu makan malam ini hingga ke waktu makan malam berikutnya. Menghentikan makan selamat 24 jam ini mungkin kedengaran agak sukar, namun anda boleh memulakan kaedah ini dengan cara berperingkat bukannya dengan 24 jam sekali gus.
Diet 5:2: Ia dilakukan dengan cara mengurangkan jumlah pengambilan makanan hingga 25% daripada jumlah normal, kira-kira 500-600 kalori per hari atau bersamaan dengan satu hidangan. Kaedah ini dilakukan dalam dua hari seminggu namun tidak berurutan. Dan, anda masih boleh mengambil makan secara normal pada 5 hari dalam seminggu.
Tip membiasakan diri dengan intermittent fasting
Banyakkan minum air putih untuk mencegah dehidrasi sehinggan tubuh mudah melalui tempoh puasa.
Lakukan waktu berhenti makan pada malam hari kerana waktu tidur akan memudahkan anda melalui waktu tanpa makan.
Jangan fikirkan bahawa tempoh berpusa adalah waktu untuk berasa lapar atau kurang makan, melainkan waktu untuk mengistirehatkan tubuh seketika daripada aktiviti makan.
Mulakan waktu berhenti pengambilan makanan ketika anda sibuk dengan rutin harian kerana lebih mudah untuk mengalihkan perhatian.
Sertakan intermittent fasting dengan rutin aktiviti fizikal, cukup dengan aktiviti ringan atau bergerak aktif namun teratur untuk dilaksana dalam tempoh dua atau tiga kali seminggu.
Perempuan, selalu dikaitkan dengan kuat membebel. Walaupun tidak semua, tetapi itulah perbuatan yang selalu dikaitkan dengan perempuan terutamanya yang mempunyai tanggungjawab dan keluarga.
Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan perempuan pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang pantang dibebel? Pasti panas telinga mendengar. Pasti pertanyaan ini sering bermain di fikiran lelaki, “Kenapalah awak ni suka sangat membebel?”
Baca perkongsian Dr Taufiq Razif ini kenapa perempuan suka membebel. Menurutnya, ada maksud tersirat di sebalik bebelan itu yang laki kena faham.
KENAPA PEREMPUAN BEBEL?
Serius kalau isteri saya dah mula bebel, saya jadi simpati kat dia. Perempuan mana tak suka bebel kan tapi sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik bebelan tu yang laki tak faham.
Kalau orang perempuan dah mula bebel ni ada beberapa sebab yang kita sebagai laki nak kena faham. Kemungkinan ada keperluan biologis dan fisiologis si dia yang tak terpenuhi. Contohnya isteri kita:
1. KURANG REHAT : Bayangkan perempuan yang berkerjaya ni terpaksa fikirkan banyak benda sekali gus dalam satu masa. Pergi kerja, fikiran masih kat ampaian dan dapur. Balik rumah, kerja pejabat tak siap lagi. Memang otak perempuan ni hebat. Mereka boleh multitasking tapi kekuatan mereka pun ada batasnya.
Lebih dahsyat lagi kepenatan suri rumah sebenarnya. Mereka sentiasa dalam mood bekerja 24 jam sehari. Bayangkan kepenatan kudrat dan beban emosi yang mereka terpaksa tanggung.
2. KURANG TIDUR : Saya percaya lelaki yang kurang tidur pun akan jadi moody apatah lagi perempuan yang sepatutnya perlukan waktu tidur yang lebih lama. Mengikut National Sleep Foundation, perempuan memerlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki disebabkan otak mereka yang lebih kompleks. Tapi hakikatnya, kat rumah memang kebanyakan lelaki yang berdengkur dulu daripada isteri dan anak-anaknya.
3. KURANG DISAYANGI : Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ni la antara benda yang paling besar sekali. Cuba periksa diri masing-masing. Berapa kali kita pegang tangan pasangan kita hari ni? Pegang tangan sebab nak pergi kerja dan sebab baru habis solat je kan? Oh tidak. Si dia perlukan lebih daripada itu untuk mengisi tangki emosinya. Ingat! isteri yang jarang disentuh dan dipeluk akan cepat merasa terancam dan kekosongan!
4. SEDANG KESAKITAN : Tak kisahlah kesakitan emosi ataupun kesakitan fizikal, orang perempuan ni paling susah nak berterus terang! Dia akan bagi ayat kiasan tahap level PhD punya yang mana kita lelaki yang level Diploma ni susah sikit nak hadam.
Itu sifat kaum Hawa yang kita kaum Adam kena faham. Mereka takkan cerita direct! Jadi untuk membuatkan kita faham masalah dan kesakitan diorang, si dia akan bebel je tanpa mereka sedar pun sebenarnya.
InsyaAllah. Kalau kita kaum Adam boleh faham benda ni rumah tangga akan jadi lebih best dan menyeronokkan sebab kita tahu apa nak kena buat.
Isteri saya kalau dah mula bebel saya dah tahu dah si dia tengah penat. Jadi saya amik dan jaga semua anak-anak saya, dan saya suruh isteri saya tu tidur waktu tu juga. Ajaibnya, lepas bangun je tidur si dia tu akan tersenyum-senyum bahagia!
Jadi, tak perlu nak bermasam muka dah kalau kita tahu camne nak handle emosi dan keperluan orang yang kita cinta. Tolong ajar ilmu ni pada pasangan masing-masing ye supaya masing-masing boleh saling memahami. Bila saling memahami, rumahtangga pun makin berseri. InsyaAllah!
Lepas baca ini, peluklah isteri anda kerana banyak benda dia ingin luahkan kerana dia tahu kita saja tempat luahan terbaiknya. Jadilah telinga yang sentiasa mendengar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manisnya wajah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Bila bercakap pun lemah lembut saja. Setiap sesi ceramah Ustazah Norhafizah memang kita akan rasa cepat sangat masa berlalu kerana topik yang dibicarakan semuanya best. Ada amalan bangun tidur yang Ustazah kongsikan dalam satu video daripada Himpunan Nasihat Ustaz.
Rata-rata ramai yang tahu mengenai makanan sunnah antaranya kurma, habbatus sauda, minyak zaitun dan pati delima. Tapi ramai yang susah nak jadikan pemakanan sunnah ni sebagai amalan kecantikan. Kali ini Ustazah Norhafizah kongsikan petua kecantikan yang mudah. Cuma anda perlu istiqamah!
Bangun pagi dan minum air suam sebanyak satu botol air mineral (500ml) + 1/4 . Lebih kurang satu botol suku. Baca doa yang dibaca ketika minum air zamzam.
2. Kemudian ambil satu sudu minyak zaitun dan minum.
3. Selepas itu, ambil dua sudu atau lebih pati delima.
4. Ambil secawan air suam, masukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak habbatus sauda, satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa helaian safron. Kacau sebati dan minum.
5. Biarkan perut ‘berehat’ selama dua jam. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan berat.
Menurut Ustazah lagi, selepas setiap kali makan makanan berat, ambil sedikit cuka tamar unutk ‘mencuci’ perut. Jangan terlalu banyak kerana cuka bersifat asid dan pedih pada perut.