Kadang kala tutur kata yang dilafaz tanpa disangka boleh mengguris hati pasangan. Mungkin pada si isteri anggapannya hanya bercakap biasa tiada mempunyai maksud yang tersirat. Bila si suami diam seribu bahasa , barulah anda tahu kata-kata atau perbuatan tersebut membuatnya terasa hati. Lelaki juga punya perasaan dan secara tidak langsung boleh merajuk enggan bercakap atau dengan kata lain protes dengan sikap si isteri.

Tenung balik kata-kata anda duhai isteri apa yang membuat rajuk si lelaki berpanjangan. Baiki kesilapan segera agar rumah tangga kembali tenang dan bahagia.

1-“Bila nak dapat kerja?”

Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.

2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”

Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!

3 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”

Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.

Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!

IKLAN

4 – “Saya gemuk.”

Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!

5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”

Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.

6 – “Tak ada apa-apa.”

Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!

IKLAN

Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.

7 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”

Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah direct sangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!

8 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”

Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-sama cara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.

IKLAN

Jangan asyik nak check macam mana dia jaga anak setiap masa. Insyaallah, mereka akan jaga anak dengan elok (tapi gaya seorang lelaki lah). Janji anak tak terdedah pada bahaya!

9 – “Awak tak pernah…”

Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.

Sumber: The Asian Parent

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI