Beri Layanan Umpama Raja. Baru SUAMI KITA Tak Cari Lain!

Share

Tatkala usia perkahwinan mencecah ke dua angka, usah biarkan kehangatan perhubungan kian pudar. Semarakkan ia selamanya dan ketahui bagaimana untuk menjadikan suami sebagai insan yang teristimewa.

Untuk menakluki dunia sang Adam, para Hawa haruslah banyak belajar teknik-teknik bagaimana untuk merayu serta memancing pasangan.

Seboleh-bolehnya semua ingin kelihatan sempurna di mata si dia bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Namun, ada satu RAHSIA penting yang anda harus ketahui iaitu layanilah si dia umpama raja. Dia pasti akan merasai dirinya dihargai dan dihormati.

Ayuh, berhiaslah secantik mungkin demi suami yang tersayang!

Helah Berhias Cantik Di Kamar Beradu

  • Sebelum tidur, pilih pakaian dalam atau baju tidur yang diperbuat daripada satin atau sutera. Penampilan anda akan kelihatan lebih feminin dan seksi.

  • Semburan minyak wangi atau losen dapat menggoda jiwa si dia. Tumpukan di bahagian pusat sensual utama seperti leher, dada, belakang telinga serta pergelangan tangan.

  • Gelungkan atau sanggulkan sekiranya anda memiliki rambut yang panjang. Sanggul ke atas supaya bahagian leher anda terlihat jelas.
  • Tampil berbeza serta berani dengan solekan ala geisha. Oleskan bibir mungil anda dengan rona lipstik merah menyala.

  • Hiaskan indah salah satu sudut rumah sebagai ‘lokasi cinta’ anda berdua. Letakkan beberapa batang lilin di segenap sudut tersebut. Tambahkan elemen-elemen muzik lembut untuk mencetuskan suasana yang romantik
Published by
Rosmah Idayu