Menyempurnakan majlis perkahwinan agar berlangsung dengan sukses menuntut masa yang panjang dengan bantuan mental dan fizikal yang sihat. Semua pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mendambakan satu majlis yang sempurna.
Memuaskan para tetamu undangan juga menjadi hal yang wajib dilaksanakan oleh setiap bakal pengantin sebagai penanda aras berjayanya sesebuah majlis perkahwinan. Oleh itu bakal pengantin perlulah memberi perhatian pada beberapa perkara berikut agar majlis anda berlangsung dalam suasana yang lancar.
1. Pastikan tok kadi dan saksi hadir tepat pada waktunya
Kehadiran tok kadi sebagai juru nikah perkahwinan tentunya menjadi perkara terpenting agar majlis anda berjalan lancar. Bayangkan ketika semua tetamu undangan telah hadir, makanan sudah dihidangkan dan seluruh keluarga besar telah hadir, tetapi tok kadi dan saksi belum menampakkan dirinya, apa yang bakal anda lakukan? Yang pasti jangan panik, maka untuk menghindari hal itu segera pastikan pegawai tersebut hadir dan catat nombor telefonnya agar mudah dihubungi. Kalau perlu, lakukan perjanjian dari awal dan suruh orang menjemput pegawai tersebut agar anda boleh memastikan sendiri kehadirannya dalam perkahwinan.
2. Beri perhatian pada keselamatan persekitaran
Mempersiapkan keadaan keselamatan merupakan hal yang paling penting anda perhatikan. Dengan keadaan ramai orang yang berkerumun tentunya terdedah akan hadirnya orang-orang yang memiliki niat jahat di dalam majlis perkahwinan yang anda buat. Untuk itulah peranan petugas keselamatan seperti polis atau rela perlu ditingkatkan untuk mengusir kejadian yang tidak di ingini.
3. Periksa persiapan semua vendor perkahwinan
Dalam menyelenggarakan majlis perkahwinan, persiapan seluruh vendor seperti photography, katering, dekorasi dan juru mekap menjadi satu kesatuan yang saling menyempurnakan. Kehadiran mereka semua tentunya sangat membantu menjayakan acara yang telah anda buat.
Maka dari itu, sebelum menjalin kontrak kerjasama, pastikan terlebih dahulu bahawa vendor yang telah anda pilih sudah memiliki track record yang jelas dan sudah berpengalaman dalam bidang perkahwinan. Kerana jika tidak dipilih betul, alih-alih majlis menjadi kucar kacir akibat perihal vendor yang dipilih oleh anda.