Sudah beria buat senaman, namun badan tak juga kurus malah tubuh anda masih lagi tidak seperti yang diimpikan. Maka anda sendiri melakukan usaha penurunan berat badan dengan cara yang tidak sihat.
Tubuh ideal yang sihat kerap diidentitikan dengan pola pemakanan yang baik dan rutin senaman yang cukup. Selain itu, faktor genetik dan hormon turut mempengaruhi ukuran tubuh badan. Namun apabila anda menjalankan diet yang sewajarnya bersama senaman secara rutin sebaliknya berat badan tidak juga turun, mungkin senaman yang kamu lakukan itu kurang tepat.
Cuba anda periksa kenapa senaman yang dilakukan itu masih belum berhasil? Mungkin tak menjadi disebabkan oleh punca-punca ini.
1. Terlalu banyak melakukan latihan kardio
Latihan kardio merupakan sebahagian daripada rutin senaman yang penting, malah ia sebenarnya boleh menyihatkan jantung dan meningkatkan metabolisme tubuh. Namun, jangan terlalu memaksakan diri untuk melakukannya lebih banyak dan menjadikan latihan ini fokus pada kekuatan, misalnya melakukan rutin berlari 15 kilometer atau berlari non-stop selama 90 minit.
Apabila anda terlalu banyak melakukan latihan kardio, ia akan menegapkan otot tubuh. Selain itu, tubuh akan menjadi menaikkan daya tahan dengan menyimpan lemak sebagai persediaan energi. Langkah terbaik untuk menurunkan berat badan sekali gus membentuk otot tubuh adalah dengan menggabungkan latihan kardio dengan latihan kekuatan (strength training).
2. Lakukan senaman terlalu lama
Sebenarnya senaman yang anda lakukan boleh menjadi stres tersendiri bagi tubuh. Ketika bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon stres bernama kortisol. Di satu sisi, hormon ini bermanfaat bagi tubuh kerana ia memberi energi yang diperlukan otot untuk anda bergerak. Namun, di sisi lain pula hormon ini boleh memberikan impak negatif apabila anda bersenam terlalu lama kerana ia menggalakkan benjolan lemak di area yang tidak diingini.
Oleh itu, lakukan senaman secukupnya saja. Dengan kata lain, anda tidak perlu melampaui batas kemampuan maksima anda, melainkan melakukanlah secara rutin. Selain itu, kendalikan emosi anda dengan baik. Walaupun tidak bersenam, kortisol boleh aktif ketika anda sedang dilanda stres.
3. Kurang rehat setelah bersenam
Berehat dan memulihkan stamina setelah bersenam tidak kurang pentingnya kerana pada ketika itulah tubuh anda membakar sebahagian besar lemak. Cukupkan rehat sehingga anda boleh bersenam lagi pada keesokan harinya.
4. Kurang bekerja keras
Kita perlu bersenam dengan cara yang betul. Kelebihan bersenam seperti terlalu lama atau terlalu banyak latihan kardio, boleh mengundang impak negatif, demikian juga kalau ia berkurangan. Jangan-jangan hanya perasaan anda sahaja bahawa sudah bersusah payah menurunkan berat badan dengan bersenam dan diet, padahal anda masih kurang bekerja keras.
Rata-rata orang biasa yang bukannya atlet atau body builder tidak dianjurkan untuk bersenam lebih daripada satu jam sehari. Memang berkesan ringan, namun ingatlah selalu kuncinya adalah intensiti senaman dan bukannya berapa lama waktu yang anda habiskan untuk bersenam. Jadi, semakin kerap latihan anda maka semakin singkat waktu yang anda perlukan. Oleh itu, maksimumkan waktu yang anda habiskan untuk bersenam secara efektif dan jangan bermalas-malasan.
5. Faktor-faktor lain
Boleh jadi anda susah untuk kurus bukan kerana faktor kurang bersenam atau kurang diet. Berat badan itu sendiri dipengaruhi banyak hal. Selain aktiviti fizikal dan komposisi diet, berat badan juga dipengaruhi oleh kombinasi seperti faktor genetik, hormon, pola tidur, stres dan pengaruh persekitaran terhadap gaya hidup.
Faktor genetik juga turut menjadikan seseorang obesiti berkait pada kecenderungan rasa kenyang, nafsu makan, keinginan untuk makan junk food, metabolisme, pengedaran lemak pada tubuh dan kecenderungan untuk makan sebagai respons stres. Seberapa kuat pengaruh gen terhadap kelebihan berat badan akan berbeza-beza bagi setiap orang. Dengan mengetahui seberapa kuat peranan gen terhadap berat badan, anda boleh membantu mencari solusi yang lebih tepat untuk penurunan berat badan.
Ciri-Ciri Yang Menandakan Peranan Gen Berkemungkinan Mempengaruhi:
1. Anda tetap tidak kurus, padahal sudah meningkatkan aktiviti fizikal dan tetap dengan diet rendah kalori selama berbulan-bulan.
2. Anda mempunyai lebihan berat badan selama sebahagian besar waktu hidup anda.
3. Anda mempunyai orang tua atau saudara-mara yang berlebihanan berat badan. Apabila kedua-dua orang tua anda berlebihan berat badan, peluang untuk anda obesiti lebih tinggi lagi iaitu sekitar 80 peratus.
Ciri-Ciri Yang Menandakan Peranan Gen Berkemungkinan Kurang Mempengaruhi:
1. Anda termasuk dalam kategori orang yang sedikit berlebihan berat badan, tapi masih boleh menurunkan berat melalui program senaman dan diet yang sihat.
2. Setelah berat tubuh anda lebih baik, anda boleh kembali gemuk apabila mengubah pola makan atau program senaman, misalnya anda sedang mengalami masalah sosial mahupun psikologi.
3. Anda benar-benar terpengaruh oleh ketersediaan makanan.
Bila anda termasuk dalam ciri-ciri orang yang dipengaruhi oleh gen gemuk yang kurang signifikan, anda boleh memperbaiki program senaman dan diet. Namun, apabila anda termasuk dalam ciri-ciri yang dipengaruhi oleh gen gemuk secara signifikan, anda perlu menemui konsultan diet agar bagi mendapatkan solusi yang lebih baik.