Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna.
Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal.
Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah.
Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.
Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda.
Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.
“Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning.
Ads
“Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul.
“Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh.
Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu.
Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori.
Ads
Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda.
“Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT.
Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan.
Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.
Ads
Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.
Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun.
Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian.
Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal.
“Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan. ” katanya.
“Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan memang suka lelaki kelakar. Tak kacak pun takpe, tapi kalau dapat yang kacak tu memang bonus. Yang penting kalau anda seorang yang kelakar dan pandai ambil hati tu dah kira ok.
Kalau kau bukan jenis lelaki kelakar pula, tak payah buat kelakar cukuplah jadi diri sendiri. Bukan apa, takut lawak anda tu tak kena nanti perempuan menyampah pula. Tapi tak kisahlah kau kelakar atau tak, perempuan kalau dah sayang dia akan terima anda seadanya. Ini sebab kenapa perempuan suka lelaki yang kelakar
1) Lelaki kelakar ada aura sendiri
Perempuan berpendapat, lelaki kelakar ini mampu membuatkan hidupnya menjadi menarik dengan penuh gelak ketawa. Namun, terpulang kepada keperibadian seseorang itu sendiri. Ada yang suka lelaki humor dan ada pula yang lebih suka lelaki yang matang dan serius.
2) Merasa tenang bila bersama
Selalunya lelaki kelakar ini pandai mengawal keadaan. Disaat perempuan itu sedang bersedih, si lelaki datang untuk menggembirakan hati mereka. Ia sekali gus akan membuatkan si perempuan hilang kepada semua masalah yang dihadapinya.
3) Tidak terlalu serius dalam sesuatu perkara
Tidak hanya itu, lelaki seperti ini juga tidak akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi rumit. Seperti, masalah di pejabat kemudian dibincangkan hingga menjadi sesuatu perkara yang serius. Mereka ini selalunya ‘chill’ dan tenang dengan keadaan yang berlaku
4) Pandai ambil hati orang sekeliling
Bukan sahaja pandai ambil hati anda, malah seluruh keluarga anda juga mereka dapat hiburkan dengan telatah dan gaya mereka. Senang kata, mereka ini senang bergaul dan mudah mesra dengan semua orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tentunya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Manakan tidak, kos perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan memerlukan jumlah wang yang agak tinggi untuk dilaksanakan.
Tambahan pula, kos hidup selepas berkahwin juga perlu dititikberatkan agar kehidupan selepas itu lebih terjamin. Entri kali ini berkongsikan panduan menyimpam duit untuk berkahwin!
1. Mula Lebih Awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan.
Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang anda untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.
Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan anda, kini anda sudah tau berapa yang anda mampu simpan setiap bulan. Duduk bersama pasangan anda dan bincangkan apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis anda nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya.
2. Kerja Sambilan
Untuk mereka yang ada masa lebih, anda boleh mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya anda mempunyai duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
Anda boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk anda bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama itu.
Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contohnya, Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman sosial yang dapat membantu mempromosikan hasil kerja kita. Gunakan laman sosial ini sebaiknya.
3. Ikut Kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau bertapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari bertapa mahalnya mas kahwinnya.
Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika kemampuan kita hanya untuk majlis sederhana apa salahnya. Asalkan sesiapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.
4. Pihak Wanita Juga Perlu Bertanggungjawab
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tetapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama?
Ya duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi. Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan saja-saja melarang tapi setiap perkara mesti ada sebab dan kesannya. Jika dulu-dulu, banyak pantang larang daripada orang tua yang kita perlu ikut. Namun berlainan pula dengan zaman sekarang ini. Banyak petua dan pantang larang semakin dilupakan.
Ada yang masih boleh dipraktikkan dan jelas kebenarannya. Jika mampu dilaksanakan, tak salah untuk anda mencuba.
1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir. Kita tidak tahu niat orang. Mungkin rambut sama hitam, hati lain-lain.
3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat. Ini untuk kesihatan dalaman dan luaran. Barulah jerawat kurang!
4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang. Bukan apa, hilanglah exciting bila malam pertama nanti.
5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.
6. Jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga. Kan susah bila hari kejadian,kita tak sihat.
7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah. JIka terlampau kerap, takut lebih banyak keburukan kita terkeluar.
8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.
9. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.
10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.
11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan
12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.
13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar. Ini penting!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!