Kalau merasakan perkahwinan itu suatu yang tidak penting, anda silap. Kerana dengan berkahwinlah kita mampu melahirkan zuriat dan masyarakat Islam yang lebih berjaya kelak. Jadi ayuh berkahwin dan jangan fikir single lama-lama itu suatu yang awesome.

Hikmah perkahwinan
Sunnah para Nabi dan Rasul

Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

pic-pinterest

Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram

Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.

Memelihara iman (penghalang maksiat)

Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta nafsu seseorang.

Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi fitnah, mengawal nafsu diri dan menjaga hak pasangan kita.

Mengikis rasa bimbang akan rezeki

Berkahwin tidak akan membuatkan kita miskin. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.

Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.

Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.

Mengembangkan keturunan

Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmurkan bumi Allah.

Mewujudkan displin

Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)

Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.

Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemarakkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.