Keberkatan adalah dambaan bagi setiap pasangan Muslim yang berkahwin. Sebab ia bermakna bertambahnya kebaikan dalam sebuah kehidupan berumahtangga.
Barakah menjadi kunci kejayaan bagi sebuah rumahtangga hingga semua yang berada di dalam bahteranya menghuni surga. Bahagia bersama. Kekal di dalamnya.
Walaubagaimanapun, barakah dalam pernikahan itu misteri. Sangat rahsia.
Tiada siapa pun yang mengetahui, apakah pernikahannya diberkahi atau tidak. Anda, misalnya, mampukah menjawab saat ditanya,
“Apakah pernikahan anda diberkahi?”
Kunci Utama
Niat. Untuk apa berkahwin? Sudah mantapkah persiapan diri? Bagaimana menentukan calon?
Bagaimana proses dalam perkenalan, pernikahan, hingga proses setelah akad nikah.
Tatkala niat awal telah cacat, kunci utamanya rosak. Akibatnya, berkahwin bukan lagi ibadah. Bahtera perkahwinan tidak berjalan sebagaimana awal disyariatkannya.
Berkahwinlah kerana Allah Ta’ala. Menikahlah dengan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Nampak mudah secara teorinya, tetapi cabarannya adalah pada pelaksanaanya.
Jika anda telah pun berkahwin sekarang, dan sebelumnya telah ‘tersalah niat’ di awalnya, jangan putus asa. Bertaubatlah.
Kembalilah ke jalan Allah Ta’ala dengan sebenar-benarnya taubat. Hanya dengan itu keberkahan akan muncul perlahan-lahan kerana iman yang diperbarui.
Ads
Proses
Dimakah anda mencari calon pasangan anda? Apakah anda mencari calon isteri atau suami di tempat hiburan?
Apakah pertama kali mengenal calon pasangan di pusat beli belah? Apakah bertemu setelah di’matchmaking‘kan oleh pihak ketiga yang dipercayai agamanya?
Apakah pertama jumpa dengannya di masjid dalam program pengajian agama, majlis zikir, atau i’tikaf Ramadhan?
Setelah pertemuan pertama, apa yang anda lakukan? Apakah bergegas mendatangi wali atau ibu bapanya dan untuk mengetahui latarbelakang calon, atau mencuba terus menghampiri calon kerana sudah tak kuat menahan perasaan?
Apakah setelah tertarik dengan calon pada perjumpaan pertama itu, dan anda mendapati diri belum mampu berkahwin, bagaimana kesungguhan anda untuk memperbaiki diri hingga layak berkahwin dengannya?
Apakah anda benar-benar memohon berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan pernikahan dengannya atas nama cinta kepada-Nya?
Jangan sampai, sentuhan pertama di saat pertama kali bersalaman selepas akad nikah seperti tiada apa kerana sudah terbiasa berpegangan tangan, berpelukan sebelum pernikahan lagi.
Ads
Sentuhan, berpegangan tangan, berkucupan malah yang lebih teruk, melakukan hubungan seks telah pun menjadi kebiasaan. Kejutan dan nikmat syurga yang diawalkan itu sudah pernah dilakukan sebelum akad.
Jadi bagaimana mungkin adanya barakah dalam pernikahan yang dicemari dengan perkara sebegini? Proses yang dicemari maksiat dan dosa.
Ingatlah, Allah tidak hanya menilai hasil. Dia Maha Adil. Dia menilai proses. Allah melihat kesungguhan.
Setiap usaha kita; sama ada untuk mempercepatkan hubungan halal itu, ataupun mujahadahnya melawan nafsu untuk menjauhi langkah-langkah ke arah zina, pasti diberi balasan sesuai oleh Allah.
Amatlah sukar menggapai barakah, jika prosesnya saja sudah rosak.
Apalagi berlama-lama menjalin hubungan tanpa status yang jelas, berkali-kali jalan berduaan, saling berbalas mesej melalui whatsapp tanpa keperluan yang jelas dan beralasan saat diingatkan agar menjaga hubungan tersebut.
“Biarkanlah kami. Bukannya kami buat apa pun. Allah Maha Mengetahui apa yang kami buat.”
Ads
Akad Nikah dan Walimah
Cuba tanyakan kepada diri sendiri, saat anda menjadi tetamu kepada sebuah walimah perkahwinan seorang sahabat, adakah anda telah mendoakan agar keberkatan melimpahi bahtera perkahwinan sahabat itu?
Sekarang, bayangkan anda pula adalah pengantin pada walimah di hari bahagia tersebut, adakah tetamu anda mendoakan keberkatan buat anda dan pasangan di dalam majlis tersebut.
Bagaimana memastikan jumlah mereka yang mendoakan anda itu bukanlah sekadar beberapa orang daripada ratusan malah ribuan tetamu jemputan?
Padahal, doa barakah itu yang paling utama. Doa-doa itulah yang menjadi salah satu sebab disyariatkannya walimah dan anjuran untuk menghadirinya.
Itu tidak ditambah lagi dengan hiburan yang melalaikan semasa majlis walimah. Bukanlah tidak dibenarkan langsung sedikit hiburan untuk menceriakan majlis, tetapi bagaimana pengerusi majlis walimah ataupun DJ mengawal keadaan agar tidak menyalahi syarak dalam berhibur.
Di sinilah peranan DJ majlis walimah, untuk sentiasa mengingatkan tetamu untuk memperbanyakkan doa untuk pasangan yang baru bernikah.
Kan lebih baik berbanding celoteh yang tidak mempunyai isi yang sia-sia.
Jika sedemikian yang berlaku, dimana letaknya barakah?
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah meberkahi pernikahan dan rumahtangga kita.
Sumber : http://quranicgen.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Agama
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Harta
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Akhlaknya
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Kusangka Bujang, Rupanya Suami Orang!
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Bebas Penyakit
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Malas vs Rajin
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Hobi
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelamin adalah salah satu must-have-list bagi setiap pasangan pengantin yang sedang membuat bajet perkahwinan mereka. Fungsi utama pelamin adalah sebagai tempat/pentas untuk pengantin bersanding, bergambar bersama keluarga, tempat untuk menyarung cincin dan sebagainya. Kiranya, kalau ada pelamin ni, bertambah seri sikit majlis.
Kalau anda google, anda akan jumpa banyak tips-tips tentang pelamin. Contohnya, tips menempah pelamin, tips menghias pelamin, tips memilih pelamin, tips buat pelamin DIY dan banyak lagi. Jadi, ramai yang telah berkongsikan idea tentang pelamin, jadi kami hanya ingin kongsikan PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA MENGHIAS PELAMIN.
Jurugambar ini telah kongsikan beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya anda tidak tersilap menghias pelamin anda, kalau tidak ia mendatangkan masalah kepada hasil gambar nanti.
Antara Perkara Yang Dilarang Lakukan Ketika Menghias Pelamin:
1) Dilarang Memasang Spotlight Direct ke Arah Pengantin
Bagi mereka yang suka berangan macam artis depan kamera ni, mereka juga suka sangat sekiranya lampu spotlight menghala kearah mereka. Konon-konon ada Nur yang menyinari muka mereka gituu. Di mata fotografer pula, lampu-lampu spotlight ini amat menyakitkan hati mereka. Especially, warna merah, kuning dan biru.
Di mata kasar, lampu spotlight ini memang nampak cantik dan sebagai penyeri pelamin dengan warnanya yang berwarna-warni. Tetapi, lampu-lampu spotlight ini akan memberi pengaruh yang besar di dalam gambar anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memasang lampu spotlight berwarna merah, seluruh dewan/pelamin termasuk pengantin akan berwarna merah.
Buat penat je hire MUA mahal-mahal, bila dalam gambar muka pengantin berbelang warna merah. Warna-warna spotlight ini agak sukar untuk di edit. Justeru, ia menjadi masalah besar kepada designer untuk mencantikkan gambar anda, kerana warna spotlight itu tidak dapat dihilangkan.
Seeloknya, sekiranya anda ingin lampu-lampu berwarna, anda boleh letakkan ia dibahagian belakang pengantin ataupun disebalik tirai dibahagian belakang pelamin yang berwarna putih. Bukan menghala ke muka pengantin. Hanya spotlight warna putih sahaja yang dibenarkan di hala ke arah pengantin. Pengcahayaan yang baik juga perlu untuk fotografer mengambil gambar yang cantik. Warna lampu yang di pilih haruslah yang bersesuaian ye. Dengan cara ini, pelamin anda akan bertambah seri serta tidak merosakkan gambar untuk album perkahwinan anda nanti.
2) Dilarang “Over” Menghias Pelamin
Kebiasaannya pelamin yang minimalist dan simple lebih nampak cantik dan eksklusif. Untuk menampakkan ruang pelamin yang luas, pemasangan langsir berona putih dan tinggi diseluruh bahagian pelamin, serta menutupi bahagian dinding akan menampakkan keluasan pada pelamin.
Jangan disaratkan pelamin dengan terlalu banyak aksesori atau segala perabut. Cukup sekadar sofa panjang untuk tempat duduk pengantin dan sedikit hiasan seperti bunga hidup. Pelamin yang terlampau sarat dengan barang hiasan akan menenggelamkan “objek” utama iaitu Pengantin. Lebih-lebih lagi kalau pengantin yang kecil molek.
3) Dilarang Menggunakan Warna yang Gelap
Pelamin anda seeloknya berwarna cerah, Paling selamat adalah dengan menggunakan warna pastel. Sekiranya anda menggunakan warna gelap ia akan memberi ruang yang nampak sempit. Bagi anda yang mempunyai tema perkahwinan seperti hitam putih, pastikan anda memperbanyakkan warna yang cerah. Supaya, pelamin anda tidak nampak kusam.
4) Dilarang Menggunakan Kerusi Pelamin Yang Makan ‘Space’
Tahulah korang ni Raja Sehari, tapi janganlah sampai kerusi pelamin pun nak macam Raja. Pilihlah kerusi yang sama padan dengan size kita. Kerusi yang paling ideal ketika pengantin duduk adalah, lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Bagi yang berbadan genit, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang tinggi, siap boleh hayun-hayun lagi kaki. Pastikan anda mencuba dulu kerusi sebelum majlis ok? Jangan sampai time majlis, baru sedar tersilap pilih kerusi.
5) Dilarang ada Tiang/Perabot/Frame Disekitar Pelamin
Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Kalau boleh, perabot-perabot di dalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan fotografer untuk mengambil gambar pengantin. Kalau perabot-perabot rumah masuk dalam gambar kan tidak lawa.
Lagi satu, frame yang tergantung dirumah perlu dilindungi dengan tirai putih atau diturunkan sementara. Hal ini kerana, apabila frame tergantung dalam kawasan pelamin, ia akan menyebabkan ketidak seimbangan pada pelamin dan ia juga akan memburukkan lagi hiasan pelamin yang sedia ada.
6) Dilarang Memasang Pelamin Di Ruang Kecil
Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan grouping shot keluarga anda. Bagi keluarga yang ramai, pelamin akan terlindung ketika mengambil “grouping shoot” nanti.
Sumber : sbxs.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
2 jenis amalan yang membantu ibu tidak gemuk selepas bersalin.
1. Elakkan banyak minum air kosong dengan kuantiti melampau.
– Kandungan air dalam badan meningkat secara mendadak masa hamil. Oleh itu, amalan minum air kosong terlalu banyak akan menyebabkan badan menyimpan lebih air.
– sepatutnya, ibu-ibu amalkan air herba yang membantu mengeluarkan lebihan air dari dalam badan dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan susu badan.
– Contohnya AKAR HERBANIKA. Siapa pernah minum akar herbanika dalam pantang akan melalui situasi sebegini:
Minum 1 mug. Setengah jam kemudian bila buang air terlalu banyak urin yang dikeluarkan. Urin yang bewarna kuning lama-kelamaan menjadi jernih. Ini adalah kerana herba-herba yang terkandung dalam akar hernanika ni memang bertujuan mengnyah lebihan air yang terkumpul ketika hamil.
Meskipun begitu, amalan akar yang berterusan ketika pantang membantu membanyakkan susu yang pekat dan berkualiti.
– berbanding pesakit-pesakit saya yang pernah amalkan air kosong 2-3 liter sehari. Benar, kandungan air dalam tubuh dikeluarkan. Tetapi tamat je tempoh 44 hari, maka kulitnya menjadi geleber dan isi tubuh menjadi boyak.
2. Amalan herba yang mengimbangi hormon
– Kegemukan selepas bersalin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Bayangkan. Dalam proses bersalin itu sendiri pelbagai hormon sedang digunakan secara extreme. Sehinggalah sepajang tempoh penyusuan
– Oleh itu WAJIB ibu-ibu yang tak nak gemuk selepas bersalin amalkan herba yang bantu imbangi hormon. Dan herba yang sangat hebat dalam imbangu hormon wanita ialah CEKUR. You can eat it raw sebagai ulam atau kalau tak lalu telan jelah Phyto Natal.
Disebabkan itulah bidan-bidan lama sangat menitikberatkan amalan ubat periuk, ramu herba dan ulam-ulam ketika pantang bersalin.
Jika anda inginkan bentuk tubuh yang rapi dan sihat, tak salah cuba amalan yang telah diperturunkan sejak turun temurun ni.