Kadang-kadang apabila keadaan terlalu mendesak, ada orang yang sanggup membuat penipuan dan melibatkan kerugian pada orang lain. Sekarang ini timbul pula kes tok kadi scam yang menikahkan pasangan yang ingin berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut laporan daripada Harian Metro, 100 pasangan sudah dinikahkan oleh seorang jurunikah tanpa tauliah yang merupakan bekas kakitangan awam yang bersekongkol bersama isteri dan anak sehingga mampu meraih keuntungan sebanyak RM50,000. Alasan yang diterima daripada sumber JAIS, jurunikah tersebut ingin memudahkan urusan pernikahan ketika PKP ini.
Berikut adalah syarat-syarat poligami
- Membatasi jumlah isteri
Syarat poligami seperti yang dinyatakan dalam firman Allah di dalam surah An-Nissa’ ayat ketiga, “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”
2. Haram menghimpunkan wanita bersaudara sebagai isteri
Janganlah anda mengahwini wanita yang bersaudara. Dalam ertikata lain, mereka mempunyai pertalian adik-beradik, ibu dan anak atau anak saudara dengan emak saudara.
3. Adil
Sekiranya anda mampu berlaku adil kepada kesemua isterimu, bolehlah dipertimbangkan untuk berpoligami. Anda perlu adil terhadap:
- Diri sendiri
- Para isteri termasuklah adil terhadap hak mereka iaitu kemesraan, makanan, pakaian, tempat tinggal dan nafkah batin
- Memberi nafkah
- Penyediaan tempat tinggal
- Penggiliran
- Anak-anak
4. Tidak merosakkan kehidupan
Sebagai suami, anda harus yakin bahawa perkahwinan seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia diukur dari segi kemampuan, akhlak dan peribadi.
5. Mampu memberikan nafkah
Anda perlu lihat dari segala sudut kerana perkahwinan atau poligami ini memerlukan sokongan terbaik dari pelbagai sudut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI