Bernikah Itu Mudah Tapi Nak Dapat Pasangan Yang Bantu Tingkatkan Iman Itu Payah

Share

Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis.

Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.

sekadar gambar hiasan

Melalui perkahwinan juga suami dapat membimbing isteri mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai nakhoda yang mengemudi rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk membimbing isteri mendekatkan diri kepada Allah. Berikut perkongsian Bijen Mohd ketika menunaikan ibadah umrah ketika berada di kota suci Makkah.

Pasangan Saling Meningkatkan Iman

Sewaktu di Masjidil Haram hari tu, mata saya sempat merakamkan gelagat sepasang suami isteri yang mesra di satu sudut masjid di situ.

Pasangan

Usai solat Maghrib, si isteri datang ke tempat solat lelaki, menemui suaminya sambil membawa Al-Quran untuk dibaca. Suaminya yang sedang bersandar menjadi mustami’ mendengar bacaan yang sedang disampaikan.

“Sweet-nya!” Berbunga hati saya melihat akan keletah mereka. Saya yakin majlis ta’lim wa ta’lum pasangan ini sudah dihidupkan sejak dari rumah mereka lagi. Tidak kekok walau sedikit pun. Terus teringat pesan orang alim;

Bernikah itu mudah. Yang payah adalah mencari calon yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Oleh itu mintalah 3 perkara dengan Allah:

  1. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya,
  2. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa memimpin tangan kita ke syurga-Nya,
  3. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Semoga rumah tangga kita menjadi wasilah untuk kita sampai ke syurga-Nya. Ameen Ya Rabb.

Published by
Anis Nor