Berpantang selepas bersalin caesar tidak mudah untuk seorang wanita, suami harus telliti dan prihatin bila isteri bersalin cara ini. Ada yang berpantang 44 hari, ada yang berpantang sampai 100 hari. Ini semua bergantung kepada kesesuaian keadaan, kesihatan, dan budaya anda. Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.

Berpantang Selepas Bersalin Caesar, Jangan Buat Tujuh Perkara Ini

7 PANTANG BERSALIN CAESAR YANG PERLU DITITIKBERATKAN

1. BERGERAK AKTIF
Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

2. BATUK
Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!

Ads

Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.
Berpantang Selepas Bersalin Caesar, Jangan Buat Tujuh Perkara Ini

3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.

4. HUBUNGAN INTIM
Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin dar*ah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin caesar anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.

Ads

5. SENAMAN
Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin caesar. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.

6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN
Biasanya mereka yang bersalin pembedahan akan memerlukan sedikit pertolongan untuk menyusu badan kerana lokasi luka pembedahan yang sedikit mencabar.

Ads

Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara‘direct’.

7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri. Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.

Dalam penjagaan pantang bersalin caesar, tidak salah anda mengambil ubat penahan sakit. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat untuk membantu anda.

Selain itu, terdapat beberapa tanda amaran yang tak patut dipandang ringan seperti demam berterusan, pendar*ahan yang terlalu banyak dari far*aj, luka bernanah atau kemerahan, jahitan terbuka atau berlubang, bengkak, atau rasa kesakitan yang luar biasa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI