Ads
Home Kekeluargaan Hubungan Berprasangka Baiklah Di Antara Pasangan, Bersihkan Hati Dan Saling Bermaafan

Berprasangka Baiklah Di Antara Pasangan, Bersihkan Hati Dan Saling Bermaafan

Ads

Jadilah kita ini seorang yang sentiasa bersangka baik, kerana apa yang kita selalu fikir-fikirkan dan risau-risaukan, itulah yang akan terjadi kepada kita. Kualiti hidup kita ini bergantung kepada emosi kita iaitu sama ada bersangka baik atau berprasangka (beranggapan buruk terhadap sesuatu/suasana/seseorang tanpa menyelidik akan hal yang sebenar.

Selalunya orang yang berprasangka hidupnya tentu merana, stres, murung, ketakutan, tidak tenteram, gelisah dan tidak bahagia. Contohnya, kalau kita berniaga dan perniagaan kita tidak laku, mulalah kita berprasangka kepada Allah, dengan mendakwa, “Allah tidak adil dengan kita kerana selalu menggagalkan usaha baik kita.”

Berprasangka Baiklah Di Antara Pasangan, Bersihkan Hati Dan Saling Bermaafan

Atau, kalau kita berniaga bersebelahan dengan kedai orang lain, kebetulan kedai sebelah laris banyak dikunjungi pembeli dan kedai kita tidak mendapat sambutan, mulalah kita bersangka buruk mengesyaki, “pemilik kedai sebelah telah membomohkan kita, hingga menyebabkan kedai kita tidak mendapat sambutan.” Atau, kalau kita nampak orang bermasam muka dengan kita, mulalah kita fikir, orang itu sombong.

Sebenarnya prasangka itu adalah bisikan kita kepada diri kita. Suara hati kita ialah suara yang paling kuat, jelas dan kerap kita dengar, sebab itulah suara hati amat penting menentukan kekuatan fizikal dan mental kita. Walau apa-apa pun orang bercakap tentang diri kita, terutama jika orang bercakap tentang keburukan kita, kalau suara hati kita kuat menepis percakapan negatif tersebut, kita akan menjadi kuat dan tabah.

Ads

Sebab itulah betapa pentingnya suara hati kita yang positif. Iaitu, suara hati kita yang mengatakan, “semuanya baik, Allah Maha Baik dan semua orang baik. Cuma kadang-kadang tidak tahu macam mana mahu menjadi baik. Saya menjadi contoh kepada orang yang ingin menjadi baik, dan orang yang tidak baik ini sebenarnya mahu mengajar saya menjadi sabar.”

Pengalaman sebagai doktor, mendedahkan saya kepada pelbagai ragam atau fiil orang. Kadang-kadang bertemu dengan orang yang suka marah-marah dan garang walaupun dalam keadaan sakit. Kalau kita jenis orang yang berprasangka, tentu kita menuduh orang tersebut berperangai buruk kerana tidak sabar. Tetapi, kalau kita bersangka baik, kita boleh terima kemarahan orang tersebut dengan menenangkan hati kita, beranggapan mungkin Allah sedang uji kita supaya bersabar atau lebih rasa empati. Lebih-lebih lagi kita seorang doktor, yang tahu keadaan sesuatu penyakit, maka kita memahami betapa merananya pesakit kita menanggung derita penyakitnya.

Berprasangka Baiklah Di Antara Pasangan, Bersihkan Hati Dan Saling Bermaafan

Ads

Letakkan diri kita di tempat mereka, mungkin kita juga menjadi tidak sabar sepertinya. Hakikatnya, kalau kita seorang yang suka bersangka baik kepada Allah, kepada orang, atau terhadap sesuatu suasana, tentu hidup ini terasa indah.

Sebab itulah kita disarankan supaya sentiasa memohon maaf dan memaafkan. Memaafkan akan menghilangkan stres. Banyak orang berkata, “boleh memaafkan tetapi tidak boleh melupakan”. Saya perkenalkan satu kaedah baharu merawat hati daripada gejala stres atau prasangka, iaitu – “maafkan orang”, dan “kita boleh ingat tetapi kita tidak mahu fikirkan lagi”. Ini salah satu cara untuk merawat “perasaan menyesal” dan “prasangka”.

Ads

Hal ini adalah kerana, sekali-sekala dalam diri kita ini perlu juga ada perasaan menyesal, dan ia bukan merupakan satu kesalahan atau kelemahan. Tetapi “penyesalan” itu hanya untuk kita belajar daripada kesilapan dengan azam dan niat tidak mengulangi kesilapan yang sama. Contohnya, kes prasangka buruk terhadap suami – bimbang dia ada orang lain, dan akhirnya memang betul-betul suami ada tersuka orang lain. Tetapi, suami menyesal dan memohon maaf serta berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Jadi kita katakan kepada hati kita, “kita maafkan tetapi tidak boleh lupakan, namun tidak mahu fikirkan lagi.” Hakikatnya memori atau ingatan itu anugerah Allah, kita tidak boleh halang.

Berbeza antara “ingat” dengan “fikir”. “FIKIR BAIK RASA BAIK DAPAT BAIK” – Formula “Reset Minda”. Sebab itu hari-hari kita perlu jaga fikiran kita. Kerana itulah, kalau kita teringat atau terfikir yang negatif, cepat-cepat kita betulkan kesilapan diri dan lihat diri kita.

SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI