Kebelakangan ini, ramai pula orang yang mengambil kesempatan untuk bercuti. Maklumlah, hampir dua tahun ‘terperap’di rumah dek PKP, bila dah boleh melancong, kita pun ambil peluanglah! Begitu juga dengan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Yang jadi perhatian bukan percutian mereka tetapi membaca ayat ‘bersemut’ Amar!
Memilih Langkawi sebagai destinasi percutian bersama keluarga, Amar memuatnaik satu hantaran foto bersama Amyra dan dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kapsyen berupa pick up line membuatkan ramai yang terhibur.
Ads
“Daddy: saya rasa saya tak perlu life jacket kalau saya berenang.
Mommy: sebab apa?
Daddy: Sebab tengok awak dah cukup buat saya terapung-apung dilautan. Air masin pon rasa manis…”
Ads
Tidak habis di situ, pasangan ini juga berbalas komen sesama sendiri. Amyra pun ‘melayan’ juga. Bahkan pasangan ini memang sering dilihat memberi komen di status pasangan masing-masing.
Untuk pengetahun, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 22 Julai 2016 bertempat Hotel Premiera Kuala Lumpur. Amyra menerima mas kahwin RM1,111 bersama lima dulang hantaran dari Amar dan berbalas tujuh dulang hantaran. Amyra tampil dengan persalinan indah dengan gaun kembang rona beige rekaan Rizman Ruzaini, manakala Amar pula menyarung sut mewah rekaan Rizman Ruzaini juga.Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Zuriat adalah kurniaan yang Maha Esa kepada hamba-Nya. Dalam setiap perkahwinan sudah pasti kita mengharapkan kehadiran zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan penenang perasaan.
Memiliki cahaya mata merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan bergelar ibu bapa. Anak juga sering dikatakan pembawa rezeki dalam keluarga dan penyeri rumah tangga.
Dalam Islam sendiri, meramaikan zuriat adalah sesuatu yang digalakkan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Mendidik anak ibarat membuat kuih. Bagaimana acuannya, begitulah bentuk kuih yang terhasil. Ibu sebagai acuan, perlu menjaga akhlak kerana anak-anak akan terkesan dengan sikap dan tauladan yang dipamerkan.
Ibu dan bapa sepatutnya menjadi role model atau contoh ikutan anak-anak yang paling berkesan. Maka tentulah menjadi role model perlu mengusahakan segala sifat baik yang dianjurkan oleh Islam dengan mengamalkan ilmu dan panduan daripada al-Quran dan Sunnah. Jika tidak, usaha pendidikan itu pasti gagal.
Namun ada juga pasangan yang berkahwin enggan memiliki anak. Malah ada yang menganggap anak sebagai satu beban.
Seorang influencer dari Indonesia, Gita Savitri menjadi bualan hangat bukan sahaja di kalangan masyarakat di Indonesia tetapi juga di Malaysia. Dia mendakwa bahawa wanita yang berkahwin dan memilih untuk memilih tidak mempunyai anak akan kelihatan awet muda.
Ujarnya lagi, wanita yang tanpa anak tiada gangguan seperti wanita yang memiliki anak. Ibu-ibu yang tidak memiliki anak juga akan mendapat tidur yang cukup selama lamapn jam dan tidak perlu menghadapi jeritan anak-anak.
Kenyataan itu disebutkan ketika membalas komen pengikutnya yang bertanya tentang rahsia awet mudanya walaupun sudah berusia 30 tahun.
Wanita dari Palembang ini dengan tegas berkata, anak-anak sebenarnya adalah satu bebanan, bukan hadiah yang sering dikumandangkan orang ramai.
“Ya, ia adalah beban untuk saya (anak). Bagi anda, ia bukan (tetapi) hadiah. Ia adalah beban untuk saya, jadi saya tidak mahu (beranak). Dan tidak ada yang salah dengannya”kata Gita dalam sesi live di Instagramnya.
Pengakuan Gita Savitri bahawa dia hanya mahu meneruskan hidup berdua dengan suaminya, Paul Andreas Partohap, adalah kontroversi pertama yang menjadi perhatian. Kenyataan Gita yang tidak mahu mempunyai anak serta-merta menjadikan istilah ‘childfree’ (bebas anak-anak) itu terkenal dalam masyarakat.
Alasannya, keinginan untuk tidak mempunyai anak dianggap luar biasa di Indonesia sehingga dia juga mendapat banyak cacian. Gita mendedahkan mempunyai zuriat adalah tanggungjawab besar sehingga dia dan suami bersetuju untuk tidak memiliki anak.
*Islam menggalakkan setiap pasangan suami isteri untuk mempunyai anak. Pada pandangan Islam, perkahwinan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan biologi tetapi juga untuk memperolehi hikmah lain salah satunya ialah untuk mendapatkan zuriat.
*Tujuan perkahwinan adalah untuk memelihara kehidupan manusia. Dengan perkahwinan, umat Islam dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
*Apabila sepasang suami isteri Islam yang sudah berkahwin mempunyai anak, bilangan umat Rasulullah SAW bertambah di muka bumi. Itulah antara sebab Islam menganjurkan untuk mempunyai anak.
*Dalam bukunya Al-Mabsuth, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl As-Sarakhsi mengatakan, faedah perkahwinan bukan sahaja melindungi wanita dan menghindari zina. Tetapi, ia juga menambah bilangan umat Nabi Muhammad SAW.
“Antaranya juga menambah bilangan hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW, dan memastikan kebanggaan rasul terhadap umatnya.”
*Memiliki anak juga merupakan kebahagiaan yang diperoleh manusia di dunia, sebagaimana hadis riwayat Ad Dailami, Rasulullah SAW bersabda, “Empat jenis kebahagiaan manusia, iaitu isteri yang solehah, anak yang soleh, sahabatnya orang yang soleh, dan penghidupannya di negeri sendiri.”
*Memiliki anak bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada keluarga. Allah SWT juga memberi ganjaran yang melimpah ruah kepada ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan baik dan ikhlas.
*Berjaya mendidik anak-anak menjadi muslim yang khusyuk dan khusyuk memberikan ganjaran yang tidak putus-putus kepada ibu bapa.
*Rasulullah SAW bersabda, “Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.”
*Doa dan istighfar dari anak-anak yang soleh dapat meningkatkan darjat ibu bapanya di dunia akhirat.
*”Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di syurga, lalu dia berkata, ‘Wahai Tuhanku, dari mana aku dapat semua ini?’ (Riwayat Ahmad).
Kesimpulannya, Islam tidak menganjurkan mempunyai anak tanpa sebab. Pada pandangan Islam, mempunyai zuriat akan membawa kebahagiaan, sehinggalah pahala yang melimpah ruah.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Pada mata kasar, wanita nampak kuat, tapi ketahuilah ada masa emosinya rapuh. Kuat mungkin dek kerana anak-anak atau mungkin sebab masih ada mak ayahnya.
Namun hebat di luar, macam mana pula keadaaan hatinya yang ada di dalam. Sungguh, kebanyakan wanita juga tidak suka orang pandangya lemah tak reti berdikari.
Wanita Nampak Kuat Tapi Sebenarnya Emosi Rapuh
Begitulah yang dikongsi oleh pandangan saudara Firdaus Shakirin, memuji sikap wanita yang begitu kuat. Malah ada ketikanya walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah golongan wanita tidak pernah berputus asa.
Jika mereka lemah pasti ada yang akan pergunakan mereka. Sememangnya apa yang dibicarakan sangat berguna buat wanita.
“Orang perempuan nampak kuat, tapi sebenarnya ‘fragile’…
Dia tahu ada ketikanya dia lemah selemah-lemahnya. Dia tahu, ada ketikanya dia putus asa dan tak berdaya nak buat apa-apa. Dia tahu, ada ketikanya airmatanya akan mengalir laju selaju-lajunya.
Masa tu dia ‘fragile’. Masa tu diri dia rapuh.
Dia sudah usaha untuk kuat, dia dah cuba untuk sabar, sudah paksa diri untuk tabah, tapi dia sedar tahap dan batas dia. Setakat itu ja kemampuannya.
Tak Mampu Tipu Diri Sendiri
Namun pada masa yang sama, dia juga tak boleh tunjuk yang dia itu lemah. Nanti akan ada orang yang pijak, lanyak, pergunakan dia, dan menghina. Nak tak nak, dia kena kuat, tunjuk kuat, jadi kuat.
Dia tak boleh “lembik” untuk teruskan kehidupannya.
Jadi jika melihat wanita nampak kuat, tetaplah bagi sokongan dan jangan sesekali pandang sebelah mata. Kadang di sebalik kekuatannya, masih ada air mata yang mengalir di pipi waktu sunyi, mengenangkan nasib diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!