Hubungan

“Bersyukurlah Dapat Pasangan Yang Hargai Anda, Jangan Menyesal Kemudian Hari”

Share

Rezeki lelaki terletak pada kebahagiaan isteri. Anggap bacaan santai ini sebagai ‘Refresher Course’ masa kursus kahwin dulu. Kalau PUBG dapat layan lama-lama, yang ini pun boleh.

Semakin kita bahagia kan pasangan kita, maka nescaya semakin murah rezeki kita. Hidup sebagai suami isteri ni ada pasang surutnya.

1. Ketahui minat dan kesukaan mereka. Sekali sekala beli dan hadiahkan untuk isteri kita. Kalau dia suka karipap, kita belikan yang paling besar dan special.

Mereka juga ada ‘geng’ masa di universiti dan pejabat. Kalau mereka ada aktiviti dirancang, kita benarkan.

2. Luangkan masa khusus berbual dengan isteri. Cakap soal ofis, anak dan perancangan masa depan. Kebiasaannya perempuan ni kalau mereka ‘stress’, dia tak nak bagitau kita.

Komunikasi ini akan bantu pulihkan emosi mereka.

3. Ajak isteri keluar berdua. Pergi ajak tengok wayang ke, makan tempat special sikit. Tak lama pun, mungkin hanya sejam dua dalam sebulan.

Masa berdua ini sangat mahal lepas dah ada anak.

4. Andai baru menimang cahaya mata. Kongsi tanggungjawab sama-sama. Belajar basuh berak anak, dodoi anak malam-malam. Betul, memang tak selesa tapi korang mesti buat.

Biarkan isteri rehat cukup supaya mereka tenang.
Apabila jiwa ada ketenangan, susu ibu mudah keluar. Ini petuanya. Rehat cukup.

5. Sekali sekala belikan barang kecantikan mereka. Minyak wangi, pencuci muka. Invest untuk isteri sendiri takkan rugi. Orang puji mereka, kita jugak yang suka nanti.

6. Hadiahkan pakaian atau tudung kegemaran. Biasanya mereka akan nafikan tak nak, tapi jauh dalam sudut hati mereka walau sebesar zarah mereka nak.

Bagi je, mesti mereka senyum. Tutup pintu bilik, confirm melompat-lompat atas katil dapat hadiah. Kah kah.

7. Hormati orang tua mereka. Kekadang bawak sekali pergi makan atau berjalan. Restu dan kebahagiaan keluarga, kuncinya mencintai orang kesayangan si isteri.

8. Berkawan dengan anak-anak. Sebut kebaikan isteri depan mereka. Nasihati dengan cara berjenaka tapi ada pengajaran.

Sebut kebaikan mereka depan anak dan kawan-kawan. Tinggikan martabat mereka.

9. Bantu isteri buat kerja rumah, sapu sampah, lipat kain baju atau tidurkan anak-anak. Biar mereka ada ruang untuk ‘me time’ .

10. Baca hadis dan tadabbur quran bersama isteri. Jangan fokus hanya pada dunia tapi lupa pada akhirat. Setiap perlakuan isteri, yang menanggung dosa adalah suami.

Nasihat cara hikmah, insha Allah mereka akan terima. Biar kita jadi suami yang dikenang dan dirindui selalu andai kita pergi dulu.

“Jangan menyesali apa yang tidak pernah kamu miliki. Sesalilah apa yang kamu miliki namun tak pernah kamu hargai.”

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : Hafizul Hakim

Published by
NanyRahman