Pasangan mana yang tidak mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. Namun, ada juga pasangan yang perlu menjalani rawatan sebagai ikhtiar untuk hamil. Yang kuat mental, bolehlah menerima kegagalan prosedur rawatan dengan hati terbuka. Yang sukar menerima kenyataan? Mungkin boleh mengambil kekuatan dari perkongsian wanita ini.
Bagi Zati Zafirah Roshdi dan suami, Johar Shukri Dato Ahmad, mereka menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka walaupun pada awalnya terasa perit untuk diterima. Lapan tahun usia perkahwinan membuatkan pasangan ini tegar untuk mencari ikhtiar mendapatkan zuriat.
Baru-baru ini juga mereka melalui kegagalan IVF buat kali ketiga. Dua embrio (kembar) yang dipindahkan hanya mampu bertahan selama empat minggu sahaja di dalam rahim.
“Kami mengambil keputusan untuk melakukan rawatan IVF sejak tahun 2019. Ketika itu kami ingin tahu status kesihatan dan kesihatan selepas empat tahun berusaha untuk hamil secara alami. Kami sama-sama inginkan zuriat lalu bersepakat untuk cuba rawatan kehamilan yang ada. Walaupun suami sendiri yang bersuara nakkan anak, tapi saya tak kecil hati malah bersyukur dengan keinginannya.”
Rawatan IVF Pertama
Kali pertama melakukan rawatan IVF, mereka akui agak takut. Harapan yang tinggi diletakkan pada kejayaan prosedur. Mereka sendiri berbincang dengan pakar selepas lima tahun berusaha untuk hamil.
“Pengalaman melakukan IVF banyak mematangkan kami dari segi berkomunikasi dan dalam perhubungan. Kami tidak pernah merancang untuk dapat anak lewat. Mungkin belum rezeki.
Sebelum kami mula buat IVF, saya cuba juga prosedur IUI pada tahun 2018 dan di awal empat tahun perkahwinan saya kerap juga berurut. Malah, saya pernah mencuba produk ikhtiar hamil yang terkenal. Tidak cukup denga n itu, kami ‘hilang’ duit deposit sebanyak RM1,000 apabila pusat rawatan yang kami pergi tu disita pihak berkuasa.”luah Zati.
Kos Rawatan IVF
Zati juga berkongsi tentang kos rawatan IVF yang perlu ditanggung. Ribuan ringgit juga pasangan ini berhabis duit dan mereka membuat prosedur ICSI di Advance Reproductive Center, Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di bawah Prof Dr Abdul Kadir Abdul Karim.
Berikut penjelasan Zati…
Cycle Pertama:
Lain-lain:
Total RM8,313 (tidak termasuk ubat)
Menurut Zati lagi, selepas cycle IVF yang pertama masih mempunyai baki embrio, embrio-embrio tersebut akan dibekukan dan disimpan dengan cara cyro-storage. Untuk dua tahun pertama, tidak dikenakan bayaran kerana telah termasuk dengan bayaran prosedur IVF manakala untuk tahun ketiga dan seterusnya, bayaran untuk pembekuan embrio adalah RM500 untuk dua tahun.
Untuk prosedur frozen transfer (menggunakan baki embrio dari cycle pertama IVF)
“Kos IVF memang tinggi. Sebagai pengguna atau pesakit, kita perlu bijak memilih institusi perubatan mengikut kemampuan kita. Jika bercadang untuk melakukan rawatan IVF, buat perbandingan harga dahulu dengan mana-mana pusat rawatan yang dirasakan bersesuaian.
Di Malaysia terdapat banyak hospital kerajaan atau hospital pengajar yang menawarkan perkhidmatan fertiliti dengan harga berpatutan dan setaraf dengan pusat fertiliti swasta. Kami menyimpan duit dan meletakkan keutamaan untuk IVF. Andai ada keinginan untuk sesuatu pun, kami hold dulu. Kami faham tak semestinya setiap cycle IVF itu akan berjaya.”
Bila ada yang tanya soal nak dapat anak, saya senyum, tarik nafas dan beritahu mereka Allah Maha Mengetahui. Kami sebagai umatnya telah berusaha, tawakal, doa dan reda. Rezeki dan nikmat Allah itu luas tidak tertumpu pada anak sahaja. Anak itu pinjaman dari Allah dan anak itu juga amanah. Maka Allah lebih mengetahui mengapa usaha dan doa kami belum dimakbulkan.
TIP UNTUK BUAT PROSEDUR IVF
Begitu bermnafaat sekali perkongsian ini. Mungkin pasangan yang berhasrat untuk melakukan rawatan ini boleh mula membuat perubahan dalam gaya hidup serta membuat tabungan ‘paksa’. Di mana usaha, pasti ada kejayaannya. Lambat atau cepat, itu rahsia Allah.