Bertangas Bagus Untuk Dalaman Wanita, Guna Bahan Yang Ada Di Dapur Je, Jimat Belanja

Share

Bertangas antara rawatan tradisional yang banyak manfaatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang.

Amalan bertangas bukan hanya sesuai untuk wanita selepas bersalin atau sudah berkahwin tetapi juga sesuai diamalkan ketika masih remaja. Wanita digalakkan mengamalkannya bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik.

Amalan bertangas ini boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ramai wanita beranggapan susah untuk bertangas terutama daripada segi penyediaan bahan-bahan.

Bertangas sangat mudah dilakukan. Kita boleh gunakan bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.

Berikut perkongsian amalan bertangas yang dikongsikan oleh

BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba

SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa

CARA-CARA:

1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.

2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.

3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.

4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.

5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.

KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:

  1. Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.

2. Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.

3. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.

4. Melancarkan haid.

5. Mengurangkan masalah keputihan.

Kredit: Shahmila Radha

Published by
Hasliza