Bertemakan Majlis Dalam Taman, Yuna & Adam Sah Jadi Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Share

Dengan sekali lafaz, penyanyi Yunalis Dato’ Mat Zara’ai yang berwalikan ayahandanya selamat menjadi isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair. Majlis pernikahan pasangan ini selamat disempurnakan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang semalam.

Majlis pernikahan yang berlangsung pada jam 7 petang itu telah disempurnakan oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang. Pihak Adam menghadiahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna pula membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.

Hanya Sekali Lafaz

Foto: weddingsbyqay

Majlis pernikahan yang bertemakan dalam taman dengan latar belakang hutan semula jadi hasil sentuhan perancang perkahwinan The Calla, dimeriahkan dengan kehadiran 300 orang ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Kedua pasangan pengantin yang mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat nyata cukup berseri. Keluarga pihak lelaki pula tampil sedondon dengan baju Melayu rona coklat, manakala pihak perempuan mengenakan rona jingga.

Bertemakan Dalam Taman

Foto: weddingsbyqay
Foto: weddingsbyqay
Foto: weddingsbyqay

Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu itu akan mengadakan sidang medianya di Putrajaya berhubung perkahwinannya pada hari ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Yuna dan Adam.

Published by
Roselinda Mohd Yusof