Bertunang Bukan Lesen Untuk Berkepit Ke Sana Ke Mari. Jagalah Adab Dalam Pergaulan

Share

Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan di antara lelaki dan wanita. Pertunangan adalah ikatan yang menyatakan hasrat  lelaki untuk memperisterikan seorang wanita.  Namun begitu bertunang bukan lesen besar untuk anda tidak menjaga pergaulan sesama pasangan. Jom kita baca empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang bertunang.

  • Bertunang bukanlah lesen untuk anda bersukaria, berdua-duaan ke sana ke mari tanpa batasan. Walaupun sudah bertunang pandangan sesama sendiri masih perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah
  • Tempoh bertunang juga merupakan tempoh masa pasangan untuk lebih memahami diri masing-masing. Apabila sudah berjanji untuk berkahwin dengan pasangan, maka mula praktikkan untuk tidak melakukan perkara yang boleh mengundang luka ataupun curiga pasangan. Pergaulan antara lelaki dan wanita lain juga perlu dijaga agar tujuan murni membina ‘masjid’ berjalan dengan lancar.
  • Bertunang tidak bermaksud, lelaki boleh mengongkong wanita atau sebaliknya. Paling penting tahu batasan agar tidak saling menyakiti antara satu sama lain. Tempoh ini juga menjadi penanda aras untuk anda menilai perangai masing-masing dan ia menjadi satu ukuran kepada setiap pasangan dalam mengenali bakal suami atau isteri mereka.
  • Tidak digalakkan untuk bertunang terlalu lama, sebaiknya apabila sudah melangsungkan majlis pertunangan. Pasangan tersebut harus mula merancang untuk berkahwin pula. Semakin cepat semakin bagus kerana ia akan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Published by
Fiezreen