Suami mana yang tahan jika isterinya cerewet. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Ingat ye suami, jika isteri anda cerewet dia bukanlah seburuk yang anda sangka.
Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza.
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu? Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes. Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
** Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan. Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!