Betul Tak? Suami Kalau Kerja Jauh, PJJ Lagilah Dia Manja Dengan Isteri

Share

Ada suami isteri yang terpaksa berjauhan setelah berkahwin disebabkan beberapa kekangan. Salah satunya adalah kerana kerja yang menuntut pasangan untuk berjauhan.

Dalam keterpaksaan melangkah kaki meninggalkan pasangan yang dicintai demi mencari rezeki. Dipanggil Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).

Ada suami yang bekerja di Perak, isteri di Sarawak. Tambahan bila dah ada anak, keadaan begini pasti akan lebih sukar. Namun, pasangan yang mengalami keadaan sebegini, perlu positif dengan apa yang dihadapi. Pasti ada hikmahnya.

Bagaimana cara untuk menjaga hubungan jarak jauh? Jom baca 7 cara ini :

1. Sering berkomunikasi antara satu sama lain.

Sekarang kan dunia teknologi. Tidak ada alasan untuk tidak dapat berhubung. Luangkan masa untuk berwhatsapp, menelefon, bervideo call dengan pasangan.

Tanya khabar dan keadaan dirinya. Jika dia ingin meluahkan perasaan, cuba menjadi pendengar yang baik walaupun dalam jarak yang jauh.

2. Saling mempercayai.

Hal ini amat penting. Jika kau harus berjauhan dengan pasangan, tanamkan rasa percaya kepada pasangan kau. Kau pula mesti jaga kepercayaan yang diberi sebaik-baiknya.

Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan tu. Sekali kau buat macam tu, sampai bila-bila pasangan kau tidak akan percayakan kau.

3. Sering berkirim mesej menyatakan rasa rindu dan sayang.

Dengan cara ini akan buat pasangan kau rasa disayangi walaupun kau jauh daripada dia. Kenalah setiap hari tanpa gagal.

4. Jujur dengan apa yang dilakukan.

Kalau pasangan kau mesej tanya kau tengah buat apa, jawab la betul. Jangan tengah lepak ngan kawan kau cakap tengah main game kat rumah.

Memang dia tak tahu kau tipu dia. Tapi lama-lama akan terbongkar juga semuanya. Nampak macam simple kan. Tapi perkara nie boleh buat gaduh.

5. Selalu berdoa pada Allah agar menjaga hati pasangan.

Allah yang memegang hati manusia. Jadi, sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati pasangan kau hanya untuk kau dan begitu juga sebaliknya. Percaya kepada Allah. InshaAllah rumah tangga kau akan harmoni dan bahagia.

6. Tanam dalam hati, pasangan jauh kerana mencari rezeki demi keluarga.

Ingatlah, dia bukan saja-saja pergi jauh dari kau. Semuanya atas desakan kerja nak cari rezeki untuk keluarga kau juga.

7. Jaga hati dan diri masing-masing.

Tundukkan pandangan. Ingat, kau ada pasangan terbaik yang dikurniakan Allah. Jangan nak main kayu tiga, sekadar suka-suka. Ingat masa depan anak.

Bila dah berjumpa tu, luangkan masa berkualiti bersama-sama. Jangan ralit tengok FB, Insta lagi. Berkongsi cerita, cipta kenangan bersama yang mampu buat kau ingat sampai bila-bila.

Jagalah hubungan suami isteri dengan sebaik-baiknya. Jauh bukan alasan untuk kau berpaling pada yang lain. Ingatlah tanggungjawab dan amanah yang Allah bagi tu.

Sumber Asal : Perkongsian saudara Amir Syahir di Laman Facebook

Published by
Kim