Pil perancang keluarga adalah bahan untuk menjarakkan kehamilan dan telah berkembang sejak mula diperkenalkan 50 tahun lalu. Kaedah perancang keluarga yang dikenali sebagai oral kontraseptif ini begitu popular, berkesan dan selamat digunakan oleh ramai wanita. Pil perancang keluarga terbahagi kepada dua jenis utama. Pertama, pil berkombinasi estrogen dan progesteron seperti Marvelon, Yasmin, Rigevidon, Qlaira, Nordette, Loette, Mercilon, Minulet, Meliane dan Yaz.

Betulkah Kalau Kerap Ambil Pil Perancang Keluarga Muka Naik Jerawat Dan Berat Badan Mudah Naik?

Kedua, pil berhormon tunggal (progesteron sahaja) seperti Noriday dan Cerazette. Pil perancang keluarga hormon tunggal tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan dan menjadikannya lebih sesuai kepada wanita yang memilih untuk terus memberi susu badan. Terdapat juga wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga tanpa mengira dirinya berada dalam kitaran haid.

Ads

Sekiranya perkara ini berlaku, mereka harus menggunakan kaedah perancang keluarga lain (suami memakai kondom) untuk julat masa sebulan. Mereka juga hendaklah memastikan tidak berlaku kehamilan selepas pengambilan pil yang pertama. Pil perancang keluarga hanya berkesan jika pengambilannya dibuat secara teratur tanpa mengira mungkin berlakunya pendarahan semasa menelan pil mahupun mengalami loya atau muntah-muntah. Jika berlaku hubungilah doktor atau jururawat yang mempreskripsikan pil tersebut. Pengambilan pil juga harus diteruskan walaupun hubungan seks tidak kerap dilakukan.

Betulkah Kalau Kerap Ambil Pil Perancang Keluarga Muka Naik Jerawat Dan Berat Badan Mudah Naik?

Ads

Pil ini turut memerlukan penyerapan yang berkesan dalam sistem pencernaan. Sekiranya wanita mengambil antibiotik, penyerapan ubat mungkin terganggu apabila dirinya sentiasa mengalami muntah.

Pil perancang keluarga bukan sahaja berfungsi untuk merancang kehamilan malah memberikan perlindungan terhadap kesihatan wanita secara menyeluruh. Penggunaan pil perancang keluarga dapat membantu mengurangkan kematian ibu semasa hamil dan bersalin selain mampu mengelakkan kehamilan tidak dirancang dan kehamilan berisiko tinggi. Ini sekali gus mengurangkan kes pengguguran tidak selamat.

Ads

Pengambilan pil ini dapat meningkatkan kualiti hidup serta menjamin kesihatan menjadi lebih baik.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI