Wanita zaman sekarang semuanya sama hebat macam lelaki. Dia boleh bekerja dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan suami di sisi. Tetapi sebagai isteri seharusnya anda perlu tahu dimana batasan untuk anda berdikari dan tidak mengharapkan suami.
Suami masih tetap memikul tanggungjawab untuk menguruskan hal rumah serta keluarganya. Baik bab kewangan, urusan rumah, pembiayaan pelajaran anak-anak dan terutamanya nafkah tetap kekal di bawah tanggungjawab suami.
Nak Cakap….
Hidup berumah tangga perlulah saling berbahagi tugas dan tanggungjawab. Janganlah bersikap mentang-mentanglah isteri anda bekerja, dia mampu menguruskan diri dan keluarga.
Kadangkala sikap lepas tangan suami yang menganggap isteri seorang yang berdikari menjadikan rumah tangga tidak bahagia. Mungkin di satu peringkat isteri pernah merasakan tanpa suami, dia lebih senang uruskan segalanya. Janganlah biarkan perkara ini timbul di benak isteri, bahaya akibatnya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki pada hari ini adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. Ia bagus untuk suami tapi tak bagus untuk hubungan suami isteri sekira isteri terlampau berdikari.
Yup. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala tuju yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasar raya sendiri. Makan seorang diri among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau duduk rumah sorang sorang seronok makan kek depan televisyen sendiri.
Dan kamu pula langsung tidak bertanya tentang rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza dengan rutinnya setiap hari. Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application game atau lepak bersama kawan di luar sampai lewat malam daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak, it’s same. Sampai satu tahap, dia akan fikir semua benda boleh buat. Jadi apa guna ada kamu lagi?
True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But don’t take them for granted. Call, text or talk to her daily.
Jadikan itu sebagai rutin walaupun di mana jua kamu berada, walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. Sekurang-kurangnya tanyalah dia, bagaimana hari awak hari ini? Awak tidur lena ke malam tadi?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecil untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih merasakan yang you still there in her life.
kadang kadang sikit sikit kita buat memang tak nampak tapi makin lama makin hari dia akan merubah segalanya.
P/S: Jangan sampai dia rasa nak kemana rimas ada kamu, Jangan sampai dia rasa kalau kamu cuti pun sama seperti kamu kerja, jangan sampai dia rasa tak akan takut bila dia seorang diri, jangan sampai dia rasa kewujudan kamu tidak nampak lagi, jangan sampai dia rasa diri dia boleh hidup tanpa kamu, dan jangan sampai dia rasa hidup die kosong kasih sayang tiada untuk kamu sebab dia boleh BERSENDIRIAN TANPA KAMU.
Kredit: Rahsia Kahwin Muda
Kredit foto: SWEETPICTURES KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI