Ruang rumah yang terhad bukan alasan untuk anda tidak boleh deko kawasan kediaman anda, lihat suri rumah ini sangat kreatif menggunakan ruang yang ada. Tinggal di Residensi Jalilmas, Bukit Jalil puan Nur Nazihah Abd Razakmenggunakan teknik mic anda match perabot agar muncul rasa moden dan elegan. Apapun kami sangat suka idea dekorasi yang dibuat.
Kod cat living hall – jotun 1032
Kod cat master bedroom – jotun 4477
7 TIPS MENGHIAS RUMAH SEMPIT AGAR KELIHATAN LUAS
Apa pun, tak bermakna mereka yang punya ruang kecil tidak boleh melakukan sesuatu untuk mengubah penampilan.
Dengan menggunakan 7 tips menghias rumah sempit ini, ruang sekecil mana pun boleh nampak luas.
1. CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN
Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.
Ads
Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.
2. GUNA PERABOT PELBAGAI FUNGSI
Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak.
Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.
3. LETAK CERMIN
Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya.
Ads
Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?
4. GUNA PERABOT YANG TIDAK MENGAMBIL BANYAK RUANG
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.
Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.
5. ATAU, LETAK SATU PERABOT BESAR SAHAJA
Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu.
Ads
Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil.
6. PILIH LANGSIR SESUAI & POSISIKAN DENGAN BETUL
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.
Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.
Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.
7. TAMBAH RONA GELAP PADA SILING
Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesebuah majlis perkahwinan akan tampak lebih berseri jika ruang meja santapan pengantin dihias dengan dekorasi bertema. Selain menarik tumpuan para tetamu, ia bagaikan melengkapi ruang meja makan.
Meja santapan pengantin yang sebelumnya tampil biasa pastinya akan mencetuskan kelainan dengan penambahan pelbagai hiasan dan dekorasi, sekali gus menjadikan meja makan nampak istimewa. Paling penting, pastikan peletakkannya tepat agar ia selaras dengan bentuk rekaan meja tersebut.
BAHAN-BAHAN:
Tiga kuntum bunga mawar, balang kaca, butiran kristal, lilin, air
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Carikkan kelopak mawar dari tangkainya. Ketepikan.
2. Masukkan butiran kristal ke dalam balang kaca.
3.Seterusnya, masukkan kelopak bunga-bungaan mawar yang telah dicarik tadi hingga ke paras atas balang kaca.
4.Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga balang kaca itu penuh.
5. Keluarkan lilin daripada bekas secara berhati-hati dan letakkan di bahagian atas balang kaca.
6.Nyalakan lilin dengan pemetik api.
Gubahan Oleh : Rose Garden Home Deco, Cawangan AEON Big Shah Alam (Balang Kaca)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman mampu menambah keselesaan buat penghuni kediaman. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar.
Persekitaran yang segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.
Penyegar kediaman boleh membuatkan seseorang lebih tenang di samping meningkatkan daya tumpuan. Kewujudan penyegar udara cukup penting untuk membuatkan kita berasa selesa.
Ruangan yang berbau harum akan mencipta kesan yang menyenangkan dan membuatkan kita berasa selesa berada di dalam rumah.
Melalui perkongsian Wawa Nuralsha, wanita ini berkongsi tip tentang ‘mengitar semula’ pewangi kediaman yang telah habis.
Glade korang habis jangan buang dulu! Dah kering potong kecik kecik. Letak dalam bekas. Masukkan air. Semerbak bau harum balik.
Letak je dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet. Fuhh segar balik baunya.